MR DIY merancakkan lagi jualan pukal dalam platform online dengan kempen Buy More, Save More!

Berita baik buat mereka yang mahu mendekorasi rumah dengan kepakaran sendiri, pelbagai item DIY (Do It Yourself) ditawarkan pada harga menjimatkan.

Boleh jadi, pembelian secara borong untuk kerja ubah suai rumah boleh membantu kalian mengurangkan kos sedia ada.

Antara pilihan yang boleh diintai seperti suis dan soket dinding, plug soket mudah alih serta pelbagai jenis pilihan lampu.

Bagi desain swith one gang, nilai yang ditawarkan hanya RM4.50 untuk pembelian lebih 10 unit.

Namun, jika kalian borang swith two gang hingga 50 unit, seunit dijual RM5.50 sahaja.

MR DIYUntuk opsyen lampu, terdapat beberapa jenis yang sesuai dipilih iaitu downlight (sesuai untuk ruang tamu), bulb dan tube daylight untuk ruang dapur atau outdoor.

Harga ditawar serendah RM3.50 hingga RM16.90 sahaja, tetapi hanya untuk pembelian secara pukal 10 hingga 50 unit.

MR DIYTidak hanya itu, terdapat variasi cat semburan aneka warna bersaiz 400 mililiter dijual pada harga RM6.50 berbanding harga asal RM7.50.

MR DIYSelain itu, silicone sealant yang membantu membaiki kebocoran air secara konsisten, kalis air dan antikulat memang berbaloi untuk dibeli.

Jika pembelian lebih 24 unit, harga ditawarkan hanya RM7.50 berbanding harga asal RM8.40.

Baca juga Jom grab, Mr DIY beri tawaran diskaun hingga 40 peratus sempena Back To SchoolMR DIYMemang rambang mata dibuatnya! Lagi murah jika kalian membeli 10 item atau lebih 20 unit untuk mendapatkan harga istimewa.

Iklan

Lagi best, servis penghantaran percuma untuk setiap pembelian lebih RM60 dan berat bawah 10 kilogram.

Baca juga Ibu ini kongsi DIY lampu hiasan bilik anak dengan kos bajet. Guna kotak pun tetap cantik. Kreatifnya!

Menarikkan? Banyak lagi produk pada harga menguntungkan ditawarkan Mr DIY.

Iklan

MR DIYJika tiada masa untuk berkunjung ke kedai berhampiran, kalian boleh shopping terus ke laman web yang disediakan.

Mudah dan terus sampai depan pintu rumah! Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat isi troli online untuk item idaman.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi