MAHU cantik bergaya dengan aksesori menawan daripada Pandora? Jenama terkemuka itu melancarkan koleksi terbaharu sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pelancaran perhiasan wanita bertemakan Pandora Moments Lunar New Year di platform Lazada itu sebagai simbol hadiah penuh tuah.

Antaranya charm berbentuk arnab yang disalut rose gold 14 karat (k) diperkenalkan sempena tahun arnab kali ini.

Haiwan zodiak yang terkenal dengan sifat tenang, pintar dan baik hati itu juga dikatakan membawa simbolik tuah dan murah rezeki buat si pemakai.

pandora lazadaHarga ditawarkan bermula RM329.

PANDORA TWO-TONE RED ENVELOPE

Set Pandora Two-tone Red Envelope Bracelet juga antara aksesori yang berjaya mencuri perhatian buat mereka yang suka rekaan simple.

Charm berbentuk duit syiling yang disimpan di dalam bekas ang pow itu juga disalut rose gold 14k.

pandora lazadaSekali pandang memang cute.

Harga ditawarkan hanya RM419 berbanding harga asal, RM618. Kalian untung RM199 selepas diskaun 32 peratus.

Baca juga Pandora tampil koleksi baharu, diskaun hingga 50 peratus dan baucar percuma bernilai RM50 sempena bulan puasa

Soal saiz tak jadi masalah kerana ditawarkan bermula 17 sentimeter (sm) hingga 19 sm.

PILIHAN EMAS TULEN

Kepada mereka yang lebih gemarkan emas tulen, bolehlah pilih pelbagai corak charm, gelang tangan, cincin dan rantai emas 14k.

pandora lazadaEmas 14k juga setanding barangan perhiasan mewah lain, cuma ia hanya mempunyai 58.3 peratus salutan emas jer.

Pun demikian, pilihan aksesori berkenaan lebih tahan lasak dengan campuran tembaga dan harganya pun lebih murah berbanding emas 916.

CHARM MARVEL

Buat peminat filem aksi Marvel, pelbagai desain charm dan loket berkonsepkan Spiderman ditawarkan pada harga RM289 hingga RM379.

pandora lazadaRambang mata dibuatnya kalau nak mencari pilihan idaman kerana semuanya cantik dan comel.

Iklan

Jangan lupa untuk tebus baucar RM10 untuk pembelian minimum RM288 atau potongan harga 12 peratus (untuk pembelian minimum RM600) sebelum 31 Januari ini ya!

Baca juga Lebih murah dan ekstra penjimatan berganda, Shopee Jualan Tahun Baharu Cina 2023 tawar item menarik buat pencinta kucing

HUAT 2GATHER SALE CNY HUAT DEAL

Selain itu, Lazada turut menganjurkan kempen promosi separuh harga sempena Huat 2Gather Sale CNY Huat Deal bagi merancakkan lagi jualan Tahun Baharu Cina.

pandora lazadaBukan sahaja tertumpu pada promosi dekorasi, makanan atau hadiah untuk sambutan Tahun Lunar tersebut, jualan borong dengan penjimatan hingga 80 peratus juga wajar direbut.

Tak rugi rasanya kalau kalian chup dulu dan membuat pembayaran kemudian.

Iklan

Pastikan hanya penjual yang diyakini dengan label trusted (Preferred) by Lazada.

pandora lazadaBukan apa, takut anda terkena scam orang tidak bertanggungjawab. Duit hilang, barang pun tak dapat. Sedihkan kalau jadi macam tu?

Apapun, selamat membeli-belah sementara promosi murah-murah Lazada yang masih berlangsung.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi