SAAT yang dinanti-nantikan. Jualan kaw kaw sempena Shopee 9.9 Only Deal kali ini lebih hebat apabila barangan terpilih tidak kira gajet, aksesori, perkakas dapur termasuk barangan keperluan harian dijual pada harga bawah RM10 sahaja.

Promosi RM9 Super Knockout Deals paling mengejutkan apabila telefon pintar, OPPO A16 (RM649) ditawarkan pada nilai hanya RM9!

Tidak cukup dengan itu, kerusi urut OGAWA jenis Mysofa Extended berharga RM8,999 dijual pada kadar tak masuk akal. Padanlah item tersebut habis terjual.

shopee lazada

Jangan bimbang kerana terdapat banyak lagi barangan istimewa yang menanti kalian sempena kempen yang berlangsung pada jam 12 tengah malam tadi.

Untuk sesi RM9 Super Knockout Deals yang berlangsung sekali lagi pada jam 10 malam nanti, jangan dilepaskan ya kerana banyak lagi pilihan menguntungkan menanti kaki shopping.

shopee lazada

Antaranya kerusi TTRacing Duo V3 Gaming dan jam tangan pintar, Amazfit Bip U Pro yang masing-masing ditawarkan hanya pada RM9 sahaja.

DISKAUN 76 PERATUS

Buat para ibu yang sedang mencari stok minuman bercoklat atau kafien pada harga menjimatkan, Nestle Milo 3 In 1 Activ-Go (36 sacet) atau Nescafe (200 gram) wajib ada dalam senarai shopping.

Rambang mata dibuatnya apabila minyak masak, Naturel Blend, coklat Kit Kat Value Pack, kuali Russell Taylors Non-Stick Marble Coated dan banyak lagi dijual bawah RM10!

shopee lazada

Kali ini, Shopee Mall Super BrandDay menyaksikan tawaran hebat untuk produk jenama Russell Taylors dengan lebih 76 peratus diskaun dan RM50 baucar potongan harga.

Malah, kaki shopping juga berpeluang memenangi hadiah istimewa bernilai RM17,900 hanya dengan membeli-belah produk terpilih.

Baca juga Menang telefon pintar setiap hari, Shopee 8.8 Super Brands Festival beri kejutan buat kaki shopping

Boleh juga cuci mata dengan promosi Vakum Russell Taylors Dust Mite, Russell Taylors Handheld Cyclone dan Russell Taylors 3D Air Fryer 4.2L yang berbaloi untuk dibeli.

shopee lazada

LAZADA MESTI BELI

Iklan

Tidak hanya Shopee, Lazada juga menganjurkan 9.9 Brands & Beyond Sale Mesti Beli yang berlangsung hingga 11 September ini.

Apa yang mencuri tumpuan, jam pintar HUAWEI GT Runner hanya ditawarkan pada nilai RM699 sahaja berbanding harga asal, RM1,399.

shopee lazada

Selain itu, treadmill DQUE Moon Walker Running yang bernilai RM2,488 dijual pada kadar istimewa iaitu RM958!

Banyak lagi item berbaloi-baloi yang tersedia untuk dibeli. Sudah tentunya topeng pelitup muka dijual pada harga runtuh selepas pengumuman kerajaan baru-baru ini.

Iklan

shopee lazada

shopee lazada

Lebih baik grab sekarang. Buat apa nak beli yang mahal kalau ada yang lebih murah?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan