MEMAHAMI cabaran pengalaman penyusuan yang memberi impak kepada emosi dan fizikal para ibu, Royal Philips menampilkan solusi terbaik untuk kaedah lebih natural.

Melalui kempen You Are Enough, peneraju global dalam teknologi kesihatan itu memperkenalkan botol susu Natural PPSU (polyphenylsulfone) dan Philips Avent Electric Breast Pump terbaharu.

Pengurus Pemasaran Philips Avent untuk ASEAN, Zach Lim memberitahu, kedua-dua item penting tersebut dirumus khas untuk membekalkan pengalaman menyusu yang lebih selesa buat si ibu dan bayi.

Royal Philips Avent

“Bagi menghasilkan produk terbaik, setiap solusi yang diperkenalkan adalah berpandukan kajian yang mendalam kerana 1,000 hari pertama bersama anak adalah tempoh cukup mencabar.

“Pada masa sama, aplikasi Pregnancy+ dilancarkan juga bertujuan untuk membantu para ibu menangani isu berkaitan penyusuan dengan kaedah selamat dan lancar,” katanya.

Baca juga ‘Bahaya sendal bantal, biar anak menyusu sendiri guna botol’

Baca juga Jangan goncang susu beku yang telah dicairkan sebelum diberikan kepada bayi

Bukan sahaja antara hot item bagi barangan keperluan bayi, susu Natural PPSU didatangkan dengan puting silikon fleksibel selembut kulit.

Royal Philips AventPuting yang seakan puting semula jadi itu menggalakkan si bayi belajar menghisap dengan sendiri selain membenarkan pergerakan lidah ketika menyusu.

Botol berkualiti dengan ketahanan suhu tinggi itu mempunyai sistem antikembung dan mengurangkan masalah pedih hulu hati.

Baca juga Bila puasa susu makin sikit, ibu jadi letih melampau. Atasi dengan 11 saranan kaunselor laktasi ini

Berikut perincian Philips Avent Electric Breast Pump:

i) Reka bentuk lebih moden, kemas dan ringan.

Iklan

ii) Keupayaan mengepam susu secara terkawal dan laju seiring pergerakan bayi ketika menyusu.

iii) Teknologi pergerakan natural membantu merangsang puting untuk aliran susu lebih efisien.

iv) Komponen kusyen silikon diadaptasi mengikut 99.98 peratus saiz puting untuk memudahkan proses mengepam.

Philips Avent Electric Breast Pump ini tersedia di kedai rasmi di Lazada dan Shopee bermula pada harga RM799.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.philips.com.my/.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI