FESTIVAL Beli-Belah Global Alibaba 11.11 2022 menampilkan lebih 290,000 jenama terbaik untuk kaki shopping. Ya, ratusan ribu item.

Penganjuran kempen jualan buat kali ke-14 itu lebih menarik dengan tawaran bayaran ansuran tanpa faedah yang sememangnya berbaloi.

Semua keistimewaan tersebut diberikan kepada pemegang kad credit CIMB, Public Bank dan Hong Leong Bank yang memilih aplikasi pembayaran melalui Taobao.

Pengurus Negara bagi Alibaba Tmall Taobao World (Malaysia), Jess Lew berkata, Taobao bukan lagi semata-mata sebagai platform pembelian barangan, malah lebih daripada itu.

“Dengan kepelbagaian produk dan pengalaman interaktif, Taobao kini menjadi bahagian penting dalam gaya hidup masyarakat untuk memenuhi keperluan mereka.

Alibaba Taobao

“Dengan ciri Bayaran Ansuran Faedah Sifar yang baharu sempena 11.11 pada jam 8 malam, kami berharap para pembeli Malaysia dapat menikmati penjimatan dan keselesaan lebih baik,” katanya.

Baca juga Jualan 11.11 Shopee Special kaw kaw, kerusi urut Ogawa dijual cuma RM11 sahaja! Memang rugi kalau terlepas

Menariknya, Taobao juga bekerjasama dengan revPay untuk tawaran diskaun serta-merta sebanyak 50 peratus, manakala Dompet Lazada menjadi kaedah pembayaran pilihan untuk aplikasi Taobao.

Jadi, lebih jimat dan menguntungkan apabila kaki shopping boleh menikmati Rebat Tunai Bonus hingga RM28 jika membeli-belah dengan kad kredit atau Dompet Lazada.

Alibaba Taobao

Bagi merancakkan kempen jualan, jenama tilam terkemuka, Getha juga tidak melepaskan peluang menawarkan promosi terbaik kepada para pelanggannya.

Ketua e-dagang di GETHA, Seng Yu berkata, 11.11 merupakan festival beli-belah global terbesar di Asia.

Iklan

“Peluang yang bagus untuk terus menggalakkan kesedaran jenama kami melalui aktiviti promosi dan membawa produk Malaysia kepada pengguna China,” katanya.

Baca juga Tidak sekadar telefon pintar, HONOR perkenal komputer riba dan i-Pad baharu di pasaran Malaysia

Alibaba Taobao

Jadi, apa tunggu lagi? Banyak lagi promosi kaw kaw dan baucar rentas kedai yang wajib direbut segera.

Iklan

Selain berpeluang bawa pulang angpau kejutan, dapatkan diskaun ansuran hingga 50 peratus untuk pembelian telefon pintar atau barangan lain bernilai RM15,000.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Taobao Malaysia atau aplikasi Taobao.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi