SUDAH bersedia untuk menyambut tahun baharu? Shopee memeriahkan lagi suasana perayaan dengan kempen diskaun 1.1 Baucar Tahun Baharu hingga 50 peratus.

Menariknya, antara jenama dan penjual yang terlibat seperti Beulife Store, Pasaran Ekonomi Berjaya, Coffee Hub, Bonia Online Store, Lotus’s, Levi’s Official Store dan banyak lagi.

Pada masa sama, 1.1 New Year Deals dengan penjimatan hingga 80 peratus juga jangan dilepaskan kerana banyak pilihan menarik menanti kaki shopping.

Antara item yang menerima jualan tertinggi seperti pelitup muka, makanan haiwan peliharaan, penyangkut baju, wallpaper dan sabun baju.

Shopee 1.1 New Year DealsBarang keperluan harian berkenaan memang murah dibeli dengan jumlah yang banyak. Lagi pula harga ditawarkan memang menguntungkan.

AL-IKHSAN SPORT

Outlet rasmi Al-Ikhsan Sport juga menganjurkan diskaun potongan harga hingga 45 peratus untuk stail terpilih sahaja.

Kempen jualan Limited Size Sales yang berakhir pada 2 Januari nanti terhad untuk kuantiti tertentu.

Shopee 1.1 New Year DealsJadi, para peminat jersi untuk pasukan tempatan mahupun luar negara, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Antara pilihan yang mencuri perhatian seperti Al Prestigious Cup 1ST Century untuk jersi Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Selangor dan banyak lagi.

Baca juga Promosi kaw kaw sempena Lazada Jualan Akhir Tahun 2022 dan Minggu Hari Gaji, koleksi sihat cantik pada harga lebih murah

Pilihan aksesori untuk kanak-kanak pun memang berkualiti dengan desain comel.

Shopee 1.1 New Year DealsTidak kira jersi, kemeja-T, selipar dan kasut berjenama, semuanya ditawarkan harga lebih murah dengan diskaun hingga 49 peratus.

MESIN TAUGE

Cuti sekolah yang masih berlangsung membuatkan ramai ibu bapa merancang untuk melakukan aktiviti bersama anak di rumah.

Proses pembelajaran di rumah menjadi lebih seronok dengan mesin tanaman tauge mudah alih yang sedang viral di media sosial.

Shopee 1.1 New Year DealsLengkap dengan sistem pengairan automatik, benih kacang hijau yang diletakkan di dalam bekas boleh bercambah hanya dalam tempoh tiga hingga empat hari.

Bukan sahaja jimat elektrik, sistem pengasingan lapan kuasa hidro juga menjamin keselamatan pengguna.

Baca juga SHOPEE IT Mall lubuk beli gajet murah, apalagi rebut tawaran istimewa sempena Jualan Hari Gaji

Terdapat tiga mod iaitu musim bunga, panas dan sejuk, sekali gus membolehkan pengguna menanam tauge untuk sepanjang tahun.

Shopee 1.1 New Year DealsHarga ditawarkan bermula RM61 hingga RM159 bergantung kepada promosi yang ditawarkan penjual di outlet masing-masing.

Iklan

Sudah tentunya si kecil teruja melihat hasil kacang yang bercambah penuh subur dan tidak sabar untuk menuai hasil nanti.

PEMBALUT BUKU VIRAL

Satu lagi barangan perlu ada untuk menyenangkan kerja para ibu bapa yang bertungkus-lumus menguruskan hal buku si anak.

Setiap tahun, memang tak sah kalau tidak melakukan aktiviti maraton membalut buku teks sekolah.

Shopee 1.1 New Year DealsJika seorang anak mungkin gigih untuk menggunakan sampul buku manual, tetapi jika ramai bagaimana pula kaedahnya?

Nah, pembalut buku viral lengkap dengan pelekat sendiri akan memudahkan tugasan para ibu bapa.

Baca juga Shopee menawarkan diskaun lebih 60 peratus, sempena Hari Natal. Tak rugi kalau buat pembelian sekarang!

Iklan

Pelbagai saiz ditawarkan sama ada untuk buku teks mahu pun buku tulis.

Harga yang ditawarkan bermula 95 sen hingga RM11.50 (bergantung kepada promosi semasa) yang ditawarkan para penjual tempatan dan luar negara.

Shopee 1.1 New Year DealsMemang rambang mata dibuatnya kerana pelbagai produk menarik dipaparkan pada harga lebih rendah.

Jadi apa tunggu lagi? Rebut peluang untuk isi troli online sebelum promosi tamat.

Paling penting, pilih outlet atau penjual yang dipercayai dengan label yang disyorkan pihak Shopee bagi mengelakkan kalian ditipu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi