BERITA baik buat pencinta kucing, Shopee menawarkan sesuatu yang istimewa buat anda sempena Jualan Tahun Baharu Cina 2023.

Pelbagai pilihan menarik lagi murah dan cantik dipersembahkan kepada mereka yang sedang mencari aksesori baharu buat si bulus.

Tidak hanya tertumpu kepada istana atau kediaman kucing yang serba gah dan mewah pada harga lebih menguntung, banyak juga gajet dan permainan comel dijual peniaga tempatan atau luar negara.

ISTANA KUCING

Variasi sangkar kucing bersaiz gergasi boleh dipilih sama ada mahu yang jenis mudah alih atau statik.

pencinta kucingBagi mereka yang sukakan sangkar jenis compartment, ruang sudut yang sempit boleh diubah suai menjadi rumah kucing.

Lagi best apabila penjual menawarkan pelbagai aksesori tambahan mengikut pakej harga lebih menjimatkan.

Harga yang ditawarkan bermula RM400 hingga RM842 bergantung kepada jenis material yang dipilih.

pencinta kucingJika bertuah, nikmati diskaun yang diberikan untuk mendapatkan keuntungan berganda.

GAJET SI BULUS

Pengenalan pelbagai gajet dan peranti pintar untuk si bulus barangkali mengurangkan kebimbangan pemilik sekiranya kucing mereka hilang.

Antaranya NUT, peranti pengesan lokasi dalam bentuk kolar.

pencinta kucingGajet tersebut mudah dipasang pada leher haiwan peliharaan untuk mengesan keberadaan si bulus pada masa nyata sejauh 20 meter.

Berikut spesifikasi menarik mengenai NUT:

1) Bateri mampu bertahan tiga hingga lima hari.
2) Kalis air dan mudah dikendalikan melalui Bluetooth.
3) Lengkap dengan perisian PassAPP yang disambungkan terus ke telefon pintar.

pencinta kucingBaca juga Shopee lancar kempen Super Brand Day Tahun Baharu Cina dengan diskaun terlebih-lebih! Rugi kalau lepaskan

Banyak lagi pilihan peranti yang comel, sesuai untuk dipakai sebagai aksesori tambahan. Siap boleh tempah nama sekali pada tag berkenaan.

TANDAS AUTOMATIK

SEMPENA sambutan Tahun Baharu 2023, ramai peniaga menawarkan promosi hebat untuk mesin tandas kucing automatik yang berteknologi tinggi.

pencinta kucing

Tidak perlu bersusah payah untuk mencuci najis, mesin tersebut boleh mengumpul dan membungkus semua kotoran sekelip mata mengikut tetapan yang dibuat.

Meskipun harga yang ditawarkan dianggarkan RM1,300 hingga RM2,000, namun berbaloi buat pencinta kucing yang amat mementingkan kebersihan.

Baca juga Lebih meriah dengan kempen Shopee 1.1 New Year Deals, rebut koleksi jersi terhad, item viral

Iklan

ELS PET Cat Litter Box Smart, misalnya menawarkan harga lebih murah dengan diskaun 17 peratus yang dijamin produk tulen daripada jenama terkemuka.

pencinta kucingMenarik mengenai mesin tersebut, selain memiliki sistem penderia infra merah yang dibina dalam, ia menggunakan kawalan interaktif WIFI yang mudah.

Lengkap dengan ciri pensterilan ultra violet yang mampu membunuh bakteria, virus, kutu dan sebagainya sebagai perlindungan tambahan buat si bulus.

SHOPEE PROSPERITY DEALS

Selain itu, sambutan Tahun Baharu Cina 2023 dirancakkan lagi dengan pelbagai tawaran kempen jualan yang memang kaw kaw.

Nikmati servis penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM8 dan jangan lupa semak notifikasi potongan harga hingga 88 peratus sempena Shopee Prosperity Deals.

Lagi menarik, peluang untuk menang ang pow berjumlah hingga RM8,000 masih terbuka buat kaki shopping yang peka dengan setiap tawaran Shopee Prosperity Deals.

Iklan

pencinta kucingMakna kata, semakin banyak pembelian dibuat, semakin tinggi peluang untuk memenangi duit raya yang disediakan khas untuk kaki shopping.

Sebagai tradisi sambutan masyarakat Tiong Hua dalam kalendar lunar, jangan lupa untuk berbelanja set pakaian atau perkakas rumah serba baharu daripada jenama terkemuka.

Antara item berbaloi yang boleh diintai seperti Fossil, Levi’s, Dr. Cardin, Pandora dan banyak lagi.

pencinta kucingJangan lupa semak setiap tawaran hebat sempena Jan 9 Super Huat Sale, Huat Huat Deals dan Huat Huat Vouchers nanti.

Apa tunggu lagi? Bersedia dengan segala persiapan bersama promosi ekstravaganza bersama Shopee.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi