Melancong tanpa masalah, bawa Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

KEBANYAKAN rakyat Malaysia mengambil peluang untuk melancong ke luar negara selepas kerajaan memberi kebenaran dan membuka pintu sempadan negara sepenuhnya bermula tahun ini.

Selepas berdepan dua tahun penularan pandemik Covid-19, inilah masanya untuk menziarahi ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan ada yang ingin bersama insan tersayang untuk meraikan hari istimewa sambil melancong.

Apabila melancong, kita terdedah dengan persekitaran tidak diduga termasuk najis mughallazah seperti anjing. Jadi, adalah lebih baik kita membuat persiapan menyediakan bahan sertu yang bersesuaian.

Jemaah yang hadir di Masjid Seri Melati Selayang mengambil produk sertu ketika agihan produk dijalankan.

Menyedari kesukaran umat Islam mencari bahan sertu di luar negara, Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd (Wipro Unza) di bawah jenama Safi menyediakan alternatif produk khas sertu bagi memudahkan pelancong tempatan ketika berada di luar negara.

Iklan
Iklan

Produk terbaharunya, Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tujuan sertu bagi menggantikan tanah tetapi pelaksanaannya masih terikat dengan hukum syarak.

Warga Sinar Harian mengagihkan produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria.

Kini, rakyat Malaysia yang ingin melancong tidak perlu risau lagi kerana proses dan kaedah sertu produk ini telah disemak dan disahkan oleh Institusi Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Produk ini didatangkan dalam bentuk tiub yang mudah dibawa ke mana- mana sahaja. Menariknya, ia diperkaya dengan habbatus sauda dan ekstrak bidara yang sesuai untuk kegunaan harian serta diuji secara dermatologi. Pengguna turut disediakan cara sertu yang mudah difahami.

Warga Sinar Harian mengagihkan produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria.

Rata-rata pengguna menyambut baik penghasilan produk sertu ini kerana ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Bagi Timbalan Nazir Masjid Seri Melati Selayang, Abdul Manan Karimi, produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dapat memberi kebaikan kepada umat Islam khususnya para musafir.

Menurutnya, produk sertu itu memudahkan umat Islam dalam urusan menyucikan najis mughallazah kerana didatangkan dalam bentuk yang senang dibawa dan digunakan.

“Ada kebaikan untuk umat Islam terutamanya untuk mereka yang bermusafir ke negara bukan Islam, mahupun di tanah air sendiri.

“Ini salah satu cara untuk menyucikan diri mengikut hukum syariah,” katanya ketika ditemui semasa program memperkenalkan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, salah seorang siak di masjid berkenaan, Zainal Sulaiman menyifatkan produk sertu itu wajar dijadikan sebagai alternatif baharu berbanding kaedah lama.

Katanya, ia tidak melibatkan banyak barangan dan prosedur untuk membersihkan najis mughallazah, sebaliknya menggunakan air sahaja.

“Jadi dengan adanya produk ini, kita hanya perlukan air dan ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja termasuk ke luar negara. Ia memang sangat bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.

Salah seorang ahli jawatankuasa masjid berkenaan, Md Salil Noryat berkata, saiz produk sertu yang kompak memudahkan ia untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

“Kita boleh bawa ia ketika melancong ke luar negara bagi memudahkan proses sertu,” katanya.

Cara menggunakan SAFI Sertu

  1. Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada ain najis tersebut.
  2. Basuhan pertama adalah dengan campuran Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan disebatikan.
  3. Selepas itu, ikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak enam kali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

6 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

6 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

7 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

9 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

13 hours ago