BERITA baik buat peminat Hello Kitty apabila Cotton On menawarkan aksesori dan pakaian bertemakan label popular tersebut.

Menariknya, koleksi LCN Hello Kitty Lightweight Bomber Jacket yang direka khas dengan pilihan rona biru nampaknya lebih menonjol dengan logo ikonik pada bahagian belakang.

Harga ditawarkan cuma RM259. Mahukan lebih mudah, pembayaran secara ansuran RM86.33 sebulan pada tempoh yang ditetapkan dibenarkan.

Koleksi kemeja-T signatur juga memaparkan banyak pilihan, antaranya seperti Micro Fit Rib Graphic License Tee.

Cotton On Hello Kitty

Cotton On Hello Kitty

Harganya hanya mencecah RM69 untuk top comel yang mempunyai pilihan 13 warna pada saiz 2XS hingga L.

Lagi menjimatkan, kalian berpeluang menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembelian kedua bagi item yang sama.

Tidak hanya pakaian, aksesori seperti topi, LCN Harlow High Top, The Rubi Flip Flop dan banyak lagi ditawarkan kepada kaki shopping untuk melengkapkan lagi gaya santai.

Baca juga Comelnya Skechers X Hello Kitty, rambang mata nak pilih mana satu untuk anak-anak

Cotton On Hello Kitty

Untuk koleksi topi, terdapat dua pilihan iaitu Graphic Dad Cap dan Graphic Trucker Cap pada warna pastel pada nilai RM55 sahaja.

Paling penting, semua koleksi tersebut diperbuat daripada kain kapas dan sesuai dipakai untuk semua peringkat umur waima kanak-kanak sekali pun.

Baca juga Penerbangan khas dengan pesawat Hello Kitty, Taiwan bantu pelanggan gian nak ‘terbang’

Ini kerana terdapat strap boleh laras pada bahagian belakang dan ukur lilit saiz kepala hingga 57 sentimeter.

Cotton On Hello Kitty

Bagi kalian yang sedang mencari selipar santai dengan signatur Hello Kitty, Cotton On juga menyediakan Cabin Moulded Slide pada harga menarik.

Iklan

Harga terkini ditawarkan adalah RM45 berbanding RM89 untuk Cabin Moulded Slide dengan dua desain unik.

Cotton On Hello Kitty

Cepat-cepat chup dan isi troli online sebelum kehabisan stok. SinarPlus gerenti, koleksi Cabin Moulded Slide memang laku keras.

Sebelum terlupa, bagi mereka yang suka membeli koleksi stoking dengan corak Hello Kitty yang comel, jangan lepaskan tawaran ini ya!

Cotton On Hello Kitty

Frill Ribbed Quarter Crew Sock dijual pada kadar RM19 sahaja dan banyak opsyen dan corak yang boleh buat kalian rambang mata.

Iklan

Setiap pembelian untuk dua item, hanya RM30 nilai yang dikenakan. Lagi jimat dan menguntungkan.

Cotton On Hello Kitty

Jadi, apa tunggu lagi? Layari gedung online Cotton On bagi mendapatkan banyak lagi produk idaman pada harga lebih murah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi