BUAT julung kalinya, jenama kecantikan terkemuka dunia, The Ordinary menjalinkan kerjasama strategik dengan Sephora Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, pelbagai produk penjagaan wajah The Ordinary kini boleh didapati melalui cawangan rasmi dan platform dalam talian, Sephora Malaysia.

Serentak dengan itu, label tersebut turut memperkenalkan set eksklusif, The Bright Set.

the ordinary

Berikut informasi lanjut mengenai produk baharu berkenaan:

i) Pembersih Squalane: Berfungsi membersihkan kotoran pada kulit wajah dengan lembut.

The Ordinary

The Ordinary

ii) Caffeine Solution 5% EGCG: Membantu menghilangkan lingkaran hitam pada kontur mata.

iii) Ethylated Ascorbic Acid 15% Solution: Untuk mendapatkan tona kulit yang berseri dan sihat.

Baca juga Tak kira kulit cerah atau gelap, bibir tetap menawan dengan Fenty Beauty daripada Rihanna

the ordinary

Iklan

iv) Glycolic Acid 7% Toning Solution: Membantu menyelesaikan masalah pengelupasan.

Selain itu, produk paling laris seperti Niacinamide 10% Zinc 1%, Hyaluronic Acid 2% B5, serum Buffet Multi-Technology Peptide, Glycolic Acid 7% Toning Solution dan banyak lagi turut ditawarkan kepada pengguna di negara ini.

Baca juga Tampil jelita persis Selena Gomez! Berikut 5 produk kosmetik kegemaran beliau

The Ordinary

Iklan

The Ordinary

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.sephora.my/ atau kunjungi cawangan sah berhampiran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan