TAMPIL cantik bergaya sempena Jualan Akhir Tahun 2022 dan Minggu Hari Gaji! Lazada sekali lagi memeriahkan kempen dengan pelbagai promosi hebat bersama jenama terkemuka.

Seiring pelancaran istimewa secara besar-besaran koleksi SofeaRose, label tersebut menawarkan potongan harga hingga 70 peratus plus baucar bernilai RM10.

Combo Deals RM89 untuk set koleksi Durra Anais dan inner Izzumi memang berbaloi kerana ditawarkan hadiah percuma berupa scrunchie (sanggul premium).

lazada jualan akhir tahun

Lagi jimat, rebut tawaran beli satu percuma satu untuk siri Liora Blossom. Hanya 200 pembeli pertama sahaja yang dapat peluang ini ya!

Keluaran tudung ekspres terbaharu, Heera yang diperbuat daripada teknologi EZ-Air + menjadikan koleksi tersebut pilihan paling laris.

lazada jualan akhir tahun

Mana tidaknya, hanya sarung sahaja, tekstur kain yang lembut dan selesa membuatkan si pemakai anggun sepanjang hari. Warna yang ditawarkan pun cantik belaka.

GENE MARTINO

Butik fesyen terkemuka, Gene Martino menawarkan himpunan karya terbaharu, M Young untuk innerware yang lebih lembut, boleh regang dan cepat kering demi keselesaan berpanjangan.

lazada jualan akhir tahun

Untuk innerware tanpa lengan, harga ditawarkan RM39 manakala lengan panjang berharga RM49. Semua saiz ditawarkan bermula XS hingga XL dengan lapan pilihan rona dinamik.

Baca juga SHOPEE IT Mall lubuk beli gajet murah, apalagi rebut tawaran istimewa sempena Jualan Hari Gaji

Apa yang best? Koleksi turtle neck tersebut diperbuat daripada fabrik jenis spandex dan poliester lembut yang sesuai dipakai bersama blouse, kemeja-T atau baju kurung.

lazada jualan akhir tahun

Bagi mereka yang sedang mencari busana persalinan pernikahan, Gene Martino juga memperkenalkan Siri Nikah Dua Jiwa dengan desain moden.

GNC LIVE WELL

Sambil shopping, kesihatan jangan diabaikan. LazMall Brand Spotlight X GNC Live Well menawarkan promosi pukal eksklusif untuk pembelian suplemen dengan diskaun hingga 70 peratus.

lazada jualan akhir tahun

Tiga produk terbaharu ditawarkan iaitu Melatonin, Women Multivitamin dan Biotin dengan manfaat berbeza boleh dibeli pada harga diskaun.

Pilihan laku keras, Melatonin berperisa beri hitam yang membantu memberikan tidur anda lebih nyenyak.

Baca juga Jimat hingga 90 peratus! Lazada 12.12 All Out End Year Sale tawar diskaun harga tak masuk akal

Suplemen berharga RM65.99 selepas diskaun 45 peratus itu sesuai untuk mereka yang berdepan masalah sukar tidur, jetlag, tidak cukup rehat, gangguan mimpi buruk atau kitaran tidur terganggu.

lazada jualan akhir tahun

Selain itu, Women Multivitamin dengan formula gabungan vitamin D, B, A, C dan E juga menyokong ketahanan imun dan kestabilan metabolisme selain menambah tenaga khas untuk para wanita.

Untuk penjagaan keseluruhan anggota badan, anda disyorkan untuk suplemen Biotin yang menyokong kesihatan rambut, kuku dan kulit.

Iklan

KOSE

LazMall X Kose menawarkan promosi hebat hingga 31 Disember untuk lima item paling laris sempena Jualan Hari Gaji.

lazada jualan akhir tahun

Sekkisei Vitalizing Serum, Infinity Advanced Moisture Concentrate, Sekkesei Lotion, Sekkisei Herbal Gel dan Sekkisei White Washing Foam disenaraikan produk terbaik tahun ini.

Bagi merancakkan kempen jualan, hadiah percuma berupa sabun mandian bernilai RM98 diberikan percuma untuk pembelian minimum RM120.

lazada jualan akhir tahun

Menarik mengenai Sekkisei Vitalizing Serum, produk kecantikan yang diformulasikan dengan probiotik yis hitam itu mampu menjadikan kulit anda kembali muda remaja dan anjal dalam tempoh empat minggu.

Baca juga Shopee Football Fiesta 2022, Lazada Gila Bola memang berbaloi, rebut peluang menang ganjaran lumayan

Iklan

Kalian boleh memilih dua set istimewa yang ditawarkan untuk ekstra penjimatan hingga 32 peratus.

Nak cantik dan sihat? Semuanya ada di Lazada. Jangan lepaskan peluang untuk tebus pelbagai baucar menarik.

lazada jualan akhir tahun

Pastikan kalian peka dengan notifikasi jualan kilat yang berlangsung setiap jam sebelum tiba saat kemuncak pada 25 Disember ini.

Banyak promosi murah dan berbaloi untuk direbut terutamanya barangan kecantikan 100 peratus asli daripada Jepun dan Korea. Selamat membeli-belah!

lazada jualan akhir tahun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi