NESTLE Omega Plus terus memacu kesedaran kesihatan jantung dengan penganjuran Walk A Million Miles 2022 buat tiga tahun berturut-turut.

Acara bertemakan Jom Malaysia, Langkah Bersama, Jantung Dijaga itu berlangsung selama sebulan bermula 1 September nanti sempena sambutan Bulan Jantung Sedunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, setakat ini direkodkan lebih 25,000 peserta dari seluruh negara memeriahkan acara berjalan sejauh lebih 2.5 juta batu menerusi dua edisi sebelum ini.

nestle

“Kali ini kami menggalakkan lebih ramai yang akan datang memeriahkan aktiviti sihat bersama ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja untuk bersama ke arah negara sihat jantung

“Pada masa sama, kami turut bergabung tenaga bersama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) untuk menjayakan misi mulia ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menariknya, sebanyak RM100,000 akan disumbangkan kepada YJM dan IJNF bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan selepas jarak terkumpul satu juta batu dicapai dalam acara tersebut.

nestle

Sementara itu, Pengerusi YJM, Datuk Dr Aljafri Abdul Majid berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Nestle Omega Plus dan orang ramai atas sokongan padu yang diberikan saban tahun.

“Sumbangan tersebut menyokong inisiatif komuniti rumah perantaraan (halfway house) untuk memudahkan pesakit jantung menjalani rawayan di hospital berdekatan,” katanya.

Baca juga Walk-a-Million-Miles Nestle Omega Plus teruskan misi bantu biaya kos rawatan pesakit jantung

Pengerusi IJNF, Toh Puan Dr Aishah Ong bersyukur kerana kerjasama berkenaan membantu menampung kos rawatan perubatan dan pembedahan jantung bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Nestle

“Kami berusaha menyelamatkan nyawa pesakit seramai mungkin dan sentiasa mengalu-alukan kerjasama pihak korporat untuk menyokong misi mulia yang dilaksanakan Nestle Omega Plus,” katanya.

LANCAR PRODUK BAHARU

Sebagai peneraju produk kesihatan jantung selama lebih 20 tahun di negara ini, Nestle Omega Plus turut memperkenalkan edisi Dark Choc dalam format serbuk baru-baru ini.

Iklan

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu Nestle (Malaysia), Lam Pui Yuee, produk yang diperbuat daripada kebaikan susu dan koko lazat tersebut memberikan pilihan rasa hebat buat rakyat Malaysia.

Nestle

Baca juga Perangi masalah jantung dengan dua gelas Nestle Omega Plus Dark Choc terbaharu setiap hari

“Jadi, jangan lupa mendaftar untuk acara Walk A Million Miles 2022 dan berjalan sambil menikmati segelas Nestle Omega Plus Dark Choc pada bulan September ini,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menyertai acara tersebut, pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi BookDoc sahaja dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai hadiah mingguan dan cabutan bertuah.

Iklan

nestle

Yuran serendah RM25 bagi mereka yang mengambil bahagian untuk acara berbayar selain tebus Kemeja-T Penamat Walk A Million Miles eksklusif beserta baucar bernilai hingga RM60.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nestle.com.my atau laman Facebook https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan