DALAM usaha untuk terus mengukir senyuman orang ramai, KITKAT ingin berbuka puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama para penggemarnya pada musim perayaan ini dengan kempen #RezekiDikongsiBersama yang akan berlangsung di seluruh negara mulai 1 April lalu hingga 31 Mei depan.

Sepanjang tempoh berkenaan, dengan setiap pembelian pek KITKAT, sebanyak 10 sen akan didermakan kepada rumah kebajikan terpilih termasuklah Yayasan Food Bank Malaysia, Dignity for Children Foundation dan EPIC Homes.

Kempen #RezekiDikongsiBersama turut memacu #SupportLokal melalui kerjasama dengan dua perniagaan tempatan, kata Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia dan Singapura, Frédéric Porchet.

Salah satunya ialah BINGKA, sebuah jenama reka bentuk yang unik berasaskan budaya Malaysia.

Kolaboratif ini bakal membawakan barangan eksklusif BINGKA x KITKAT yang istimewa untuk dijual sempena berlangsungnya kempen ini, termasuk sebuah balang kaca Luminarc KITKAT rekaan BINGKA,” katanya dalam satu kenyataan.

Perniagaan kedua pula adalah Sugar and I iaitu sebuah kedai roti disukai ramai yang akan menjual bombolini berperisa KITKAT.

Sejajar dengan misi kempen, kedua-dua rakan kongsi hebat itu akan turut mengambil bahagian untuk mendermakan 1 peratus daripada jualan mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung.

“Sebagai sebuah jenama coklat kesukaan rakyat Malaysia, kempen ini merupakan satu cara kecil untuk kami melibatkan diri pada musim perayaan yang cukup bermakna ini. Pertubuhan-pertubuhan kebajikan ini telah dipilih atas usaha murni yang mereka lakukan serta teladan baik yang dipamerkan.

“Sumbangan melalui kempen ini diharap akan dapat menyokong program-program mereka di masa hadapan dan membawakan lebih kebaikan buat masyarakat yang memerlukan,” katanya.

PRODUK ISTIMEWA & RESIPI

KITKAT meraikan perayaan ini bersama para penggemarnya menerusi keluaran produk Edisi Raya dengan reka bentuk perayaan baharu menghiasi bungkusannya.

Produk-produk istimewa inspirasi Aidilfitri ini termasuk balang kaca KITKAT Luminarc dengan dua Beg Kongsi Mini KITKAT, Pek Pelbagai Perayaan KITKAT 4F 3+1, Sarung Perayaan Beg Kongsi KITKAT 12s dan Sarung Raya KITKAT Senses.

KITKAT juga menawarkan cara baharu untuk anda berkongsi keseronokan raya.

Iklan

Tunjukkan bagaimana anda berkongsi rezeki menggunakan filter #RezekiDikongsiBersama.

Jangan lupa juga saksikan video muzik raya mereka serta hantarkan ucapan Raya kepada orang tersayang melalui KITKAT E-greeting.

Kepada kalian yang mahu mencuba resipi berasaskan coklat KITKAT, boleh layar

Iklan

KITKAT Nestum Cookie Cups
KITKAT Kuih Cara Manis Pandan

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.facebook.com/kitkatmalaysia atau https://www.dearnestle.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI