SHOPEE sekali lagi membuatkan ramai kaki shopping teruja apabila kempen jualan Hari Jadi 12.12 menawarkan sesuatu yang lebih ektravaganza.

Bayangkan sebanyak 20 item berjenama popular ditawarkan pada harga hanya RM12 sahaja!

Pada masa sama, bukan calang-calang produk yang dijual bermula jam 12 malam ini. Semuanya berjenama dan diyakini ramai.

Antaranya seperti Samsung Galaxy Watch4, kerusi urut Ogawa iMelody, vakum SwissThomas M10 UV Sterilize Ray Dust Mite dan Dash Cam Mola N3.

Jualan Hari Jadi Shopee 12.12

Jualan Hari Jadi Shopee 12.12

SAMSUNG GALAXY WATCH4

Bercakap mengenai Samsung Galaxy Watch4, jam pintar tersebut pada harga sebenar bernilai RM799, tetapi dijual hanya RM12 sahaja.

Jika dihitung, potongan harga sebanyak 98 peratus diberikan untuk gajet yang memiliki ciri GPS, penjejakan denyutan nadi, ritma tidur dan notifikasi tambahan.

Jualan Hari Jadi Shopee 12.12

Memang berbaloi beli terutamanya mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Nak semak denyutan nadi selepas berjoging pun mudah.

Ciri sambungan jenis bluetooth memudahkan pengguna untuk mengendali jam pintar Samsung Galaxy Watch4 sama ada untuk tetapan masa atau jam loceng.

Baca juga Jualan eksklusif ‘early bird’ Zalora yang kaw kaw murah, siap ada ekstra baucar diskaun lagi

Waranti juga diberikan selama 12 bulan. Rata-rata reviu menunjukkan pengguna berpuas hati dengan ciri penghantaran laju bersama pembungkusan sempurna.

KERUSI URUT OGAWA iMELODY

Sebenarnya banyak lagi barangan yang ditawarkan dengan kejutan yang tidak disangka seperti kerusi urut Ogawa iMelody yang ditawarkan pada harga RM12 berbanding RM9,899.

Jualan Hari Jadi Shopee 12.12

Bukan sikit-sikit perbezaan harga ditawarkan dan jika dapat chup dulu, pembelian untuk item tersebut memang berbaloi.

Sedikit info mengenai kerusi urut tersebut, jaminan waranti selama 24 bulan diberikan kepada pembeli yang bertuah.

Baca juga Jimat hingga 90 peratus! Lazada 12.12 All Out End Year Sale tawar diskaun harga tak masuk akal

Jualan Hari Jadi Shopee 12.12

Selain dilengkapi dengan lima jenis urutan dengan tetapan mudah, mesin tersebut mempunyai tujuh pilihan program urut pintar automatik yang boleh disesuaikan dengan keperluan berbeza.

DASH CAM MOLA N3

Bagi mereka yang sedang mencari kamera papan pemuka untuk keperluan peribadi, jualan Hari Jadi Shopee 12.12 turut menawarkan harga paling rendah.

DDPai Dash Cam Mola N3 dijual pada harga RM12 berbanding harga asal, RM299.

Jualan Hari Jadi Shopee 12.12

Berikut perincian penting peranti tersebut:

i) Dilengkapi cipset pengilang jenis Hisilicon dan resolusi full HD 1600 piksel.
ii) Mod rakaman mudah alih dengan saiz memori hingga 128GB.
iii) Sudut pandangan 140 darjah dan 18 bulan waranti.
iv) Memiliki versi malam inframerah, 24 jam pemantauan dan penderia pelanggaran.

Jualan Hari Jadi Shopee 12.12

Meskipun bersaiz kompak, namun ciri yang ditawarkan memang terbaik.

Buat mereka yang baru berjinak-jinak mahu memasang peranti kamera papan pemuka di dalam kereta, boleh pertimbangkan model tersebut.

VAKUM SWISSTHOMAS M10

Lagi satu produk yang sesuai dibeli untuk mereka yang sangat mementingkan kebersihan, lebih-lebih pada era pandemik Covid-19.

Vakum SwissThomas M10 UV Sterilize Ray Dust Mite boleh membantu membersihkan hama dan debu yang melekat pada perabot atau katil bilik.

Jualan Hari Jadi Shopee 12.12

Hadir dengan teknologi CleanXpert, kuasa sedutan 15,000PA ditambah dengan ciri sinaran pensterilan UV mampu menghapuskan hingga 99.7 peratus kuman dan bakteria jahat.

Apa yang paling best, vakum itu juga memiliki sensor pengesan pintar yang boleh mematikan cahaya UV secara automatik jika diangkat dari permukaan.

Jualan Hari Jadi Shopee 12.12

Sambil membeli-belah item idaman, jangan lupa untuk sertai peraduan untuk menang barangan dapur percuma untuk setahun.

Jadi, kalian jangan lepaskan notifikasi peringatan jualan kilat Shopee pada setiap jam tertentu untuk penjimatan berganda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi