REBUT peluang untuk memiliki telefon pintar, vivo T1x pada harga hanya RM25 sahaja sempena RM25 Knock Out Deals.

Penjimatan kaw kaw tersebut sempena Jualan Hari Gaji kerana harga asal bernilai RM849.

Memang berbaloi tawaran terbaik yang disediakan kedai rasmi vivo di Shopee.

Promosi gila-gila yang berlangsung pada jam 12 tengah malam ini turut menawarkan pelbagai produk menarik, antaranya vakum HETCH H3 bernilai RM25.

Baca juga Jualan 11.11 Shopee Special kaw kaw, kerusi urut Ogawa dijual cuma RM11 sahaja! Memang rugi kalau terlepas

RM25RM25Penyedut habuk dengan kuasa sedutan 600 Watt itu turut dilengkapi penapis HEPA yang mampu memerangkap 99.9 bahan tercemar termasuk debu dan bulu.

Harga asal sebenarnya bernilai RM439 (lengkap semua aksesori) tetapi kini ditawarkan hanya RM25. Jimat RM414!

RM25Baca juga Tawaran kaw kaw sempena jualan 10.10! Sertai Peraduan Spin & Win Shopee Mall Super Brand Day Dessini

Lagi item yang mencuri perhatian seperti PerySmith 4L Multi Cooker Signature Series SN1100. Memang comel dan meriah dengan rona warna-warni.

Pasti dapur kalian lebih berseri dengan pilihan periuk pelbagai fungsi PerrySmith yang dijual pada harga tak masuk akal.

Harga asal bernilai RM239 sebelum diskaun 33 peratus sekali gus menjadikan harga terkini RM139.

RM25Untuk dapatkan harga lebih murah hingga RM25, rebut peluang semasa shocking sale bermula jam 2 petang ini sehingga dua jam seterusnya.

Paling penting, sentiasa peka dengan notifikasi jualan mengejut yang akan berlangsung sehingga tengah malam nanti.

Lagi satu, air fryer jenama Swiss Thomas pun tak kurang hebatnya.

Iklan

RM25Jika beli sekarang, harga ditawarkan RM139 berbanding RM899, tetapi kalau chup dulu dan bayar pada jam 12 tengah malam nanti, harganya menjadi RM25 sahaja.

Masa diberikan hanya dua jam untuk selesaikan pembayaran dan part paling ditunggu-tunggu, kos penghantaran semua ditanggung.

RM25Mana nak dapat harga murah dan semuanya hanya RM25 untuk perkakas dapur, peranti dan barangan elektrik, kan?

Jadi apa tunggu lagi? Isi cepat-cepat troli online kalian dengan item yang diidamkan.

Iklan

Mungkin inilah masanya untuk kaki shopping membeli-belah dengan cara lebih menguntungkan.

RM25Apa pun berhemahlah ya ketika berbelanja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi