BAGI merancakkan jualan bulan ini, Sephora menganjurkan kempen Must-Have Markdowns dengan potongan harga hingga 60 peratus.

Tawaran terhad tersebut terpakai untuk produk terpilih yang dibeli melalui online dan aplikasi Sephora rasmi sahaja.

Menariknya, jualan eksklusif tersebut tertumpu kepada produk kecantikan terkemuka seperti Zoeva, Dr Dennis Gross, Natasha Denona dan banyak lagi.

Zoeva misalnya, menawarkan authentik skin perfector concealer pada harga hanya RM45 berbanding nilai asal, RM90.

SEPHORA

Jimat 50 peratus untuk pembelian concealer berbentuk cecair yang mampu menyerlah dan mengkontur wajah dengan ekstrak minyak Rosehip.

Produk terkemuka Itali itu juga 14 ton warna yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit wajah jenis berminyak, kering atau normal.

Baca juga Produk terkemuka Kanada, The Ordinary kini sudah boleh didapati di Sephora. Lebih premium dan berkualiti

Bagi para ibu yang memiliki masalah bawah mata yang gelap, jangan bimbang Dr Dennis Gross ada penyelesaian alternatif.

SEPHORA

Krim mata, C + Collagen Brighten & Firm yang dijual pada harga lebih murah iaitu RM198.10 berbanding RM283 boleh membantu mencerah dan menegangkan semula bawah mata.

Apa yang menarik, krim mata tersebut dihasilkan melalui teknologi vitamin C 3-O Ethyl Ascorbic Acid bersama kolagen asid amino dan mampu melambatkan penuaan, lingkaran hitam dan kedutan pada mata.

Tidak lengkap rasanya jika tidak usha pilihan pemerah pipi (blusher) yang ditawarkan Natasha Denona Midi Bronze & Glow Palette.

SEPHORA

Potongan harga sebanyak 40 peratus diberikan untuk mereka yang sedang mencari koleksi baharu pemerah pipi untuk menyerlahkan lagi penampilan.

Harga terkini ditawarkan RM156 berbanding RM260. Jimat RM104 untuk setiap pembelian tersebut. Bestkan?

Iklan

Baca juga Tampil wow sempena lebaran. Pilihan koleksi solekan Sephora X Coach pilihan bijak

Jangan lepaskan pelbagai promosi hebat termasuk item baharu dalam tawaran eksklusif Sephora yang diperkenalkan untuk kaki shopping.

SEPHORA

Boleh rambang mata dibuatnya apabila banyak pilihan terdiri daripada alat solekan, set penjagaan kulit wajah, rambut, mandian dan lain-lain.

Bagi mereka yang mahu mencari set hadiah, Sephora turut menawarkan opsyen menarik seperti minyak wangi, set kecantikan wajah, alat solekan dan banyak lagi.

Iklan

SEPHORA

sephora

Dapatkan item idaman kalian sementara stok masih ada. Jangan lupa untuk mendapatkan promosi harga lebih istimewa melalui pembelian dalam talian dan aplikasi Sephora.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi