Shopee kembali dengan kempen Tahun Baharu Cina. Gerenti tak menyesal kalau buat pembelian sekarang!

PERGHHH… memang tak percayalah Shopee sekali lagi buat tawaran yang ‘gila-gila’ sempena Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bukan apa, penulis sendiri terkejut melihat barang-barang yang dijual pada kempen Tawaran Huat Huat yang menyediakan lebih 80 peratus potongan harga.

Biar betul 80 peratus? Ya, tak tipu memang benar.

Menerusi Tawaran Huat Huat, banyak jenama popular yang turut sama-sama dalam memeriahkan sambutan perayaan itu.

Antaranya seperti Loreal Paris, Russell Taylors, UGREEN, Signature Market, VOIR, Cavando dan MAGICLEAN.

Wow, memang berbaloi kalau buat pembelian pada kali ini. Masakan tidak, segala barang keperluan pun ada dijual.

Shopee memang terbaik, setiap kali mengadakan kempen, pasti turut menyediakan promosi barangan wanita seperti produk kecantikan dan barangan dapur.

Bukan itu sahaja, platform itu juga menawarkan potongan harga bagi barangan elektronik, keperluan ibu dan bayi, penjagaan kesihatan, pakaian dan sebagainya.

Sebelum terlupa, kempen Tawaran Huat Huat ada membuat satu tawaran yang tak masuk akal yang boleh orang ramai rebut dengan harga serendah RM8 sahaja!

Bayangkan harga barangan yang beratus-ratus boleh dimiliki dengan harga yang kurang daripada RM10 itu, namun kalian perlu lakukan pembelian pada masa yang telah ditetapkan iaitu pada 9 Januari, jam 12 tengah malam dan 10 malam sahaja.

Kalau nak rebut tawaran itu, SinarPlus ingin menyarankan top up duit dalam My Wallet Shopee anda supaya proses pembelian menjadi lebih cepat dan tidak tergendala.

Nak tahu lebih lanjut, jom SinarPlus bantu bongkar satu per satu.

Makanan dan barangan dapur

Macam biasa, setiap kali Shopee mengadakan kempen, promosi untuk makanan dan barangan dapur tidak pernah dilupakan.

Bagi mereka yang sedang mencari barangan untuk memasak sempena Tahun Baharu Cina, boleh lakukan pembelian di Shopee sekarang.

Segala produk yang diiklankan mempunyai potongan harga dan boleh dikatakan diskaun yang diberikan memang berbaloi.

Harga asal bagi satu karton Milo (2kg x 6) RM274.80, kini boleh didapati dengan harga RM222.19 sahaja. Menariknya, sesiapa yang membuat pembelian, Shopee akan berikan baucar penghantaran percuma.

Barangan elektronik

Rasa tak percaya tengok potongan harga bagi penjualan barangan elektronik dalam kempen Tawaran Huat Huat kerana orang ramai boleh dapatkan dengan harga yang sungguh berbaloi.

Baca juga: Unlock Your Skin Secret with Syahirah di UiTM Puncak Alam meriah. Ramai teruja untuk cuba produk baharu

Kalau tak beli memang rugi.

Kalian boleh nikmati lebih 80 peratus potongan harga bagi produk-produk elektronik.

Iklan

Antaranya seperti pengisar jenama Riino Dolce D9 Stand Mixer 1,300 W Power Mixer 5L, yang dijual pada harga RM199 berbanding harga asal RM999.

Bukan itu sahaja, dash cam juga dijual dengan harga yang sungguh berbaloi. Diskaun sebanyak 54 peratus bagi kamera papan muka jenama AZDOME M17 PRO1296P Full HD.

Tak rugi kalau grab hari ini, harga RM274 bagi dua dash cam depan dan belakang dengan SD Card 128GB. Murah sungguh, kalau harga asal RM630.

Jadi tunggu apa lagi, buka Shopee sekarang dan lihat lebih banyak tawaran yang diberikan!

Produk kecantikan

Buat kaum Hawa, jangan lepaskan peluang dengan borong kesemua produk kecantikan yang ditawarkan.

Iklan

Harga yang diberikan memang tak masuk akal, bayangkan jenama terkenal Perfect Diary menyediakan potongan sebanyak 87 peratus bagi kesemua jenis lipstik yang dijual.

Sebelum ini, harga bagi satu lipstik berjumlah RM299, tetapi sempena Tawaran Huat Huat, ia dijual pada harga RM49.90 sahaja.

Penjimatan yang berlipat kali ganda. Menariknya dapat jimat duit dan boleh juga tampil yakin dengan mengenakan pewarna bibir berkenaan.

Macam tak percayakan dengan promosi yang ditawarkan? Jadi apa tunggu lagi, jom serbu Shopee sekarang untuk menikmati potongan harga yang sangat berbaloi-baloi.

Baca juga: Lebih murah dan ekstra penjimatan berganda, Shopee Jualan Tahun Baharu Cina 2023 tawar item menarik buat pencinta kucing

Baca juga: Promosi kaw kaw sempena Lazada Jualan Akhir Tahun 2022 dan Minggu Hari Gaji, koleksi sihat cantik pada harga lebih murah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi