Shopee lancar kempen Super Brand Day Tahun Baharu Cina dengan diskaun terlebih-lebih! Rugi kalau lepaskan

MEMANG terbaiklah Shopee yang tak habis-habis menawarkan promosi tak masuk akal! Nak tahu tak apa yang Shopee tawarkan pada kalian?

Haaa… Kali ini Shopee Mall dengan kerjasama P&G mengadakan jualan hebat dengan lebih 50 peratus potongan harga sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Wow, lebih diskaun lebih 50 peratus?! Ini bukan tawaran istimewa lagi dah, tetapi durian runtuh buat semua pembeli.

Sebelum terlupa, sempena kempen Super Brand Day ini, Shopee juga ada memberikan baucar potongan harga sebanyak 15 peratus.

Nak tahu apa yang ditawarkan? Jom SinarPlus bantu bongkarkan satu persatu.

Menerusi kempen berkenaan, Shopee menyediakan barangan pewangi rumah, produk penjagaan fabrik, produk kecantikan, penjagaan tubuh badan seperti pencukur, syampu, sabun badan dan pad wanita.

Kesemua barangan yang ditawarkan itu disertakan dengan potongan harga yang ‘kebabom’. Memang rugi kalau kalian tak beli sekarang.

Melihat kepada tawaran yang diberikan itu, Shopee memang memahami keperluan orang ramai dalam membuat persediaan sambutan Tahun Baharu Cina.

Keperluan rumah

Tidak kira perayaan apa sekali pun, perkara paling utama adalah memastikan rumah kekal bersih dan wangi supaya tetamu yang hadir berasa selesa.

Jadi menerusi kempen Super Brand Day, Shopee menawarkan potongan harga barang-barang penjagaan rumah seperti Febreze, pewangi rumah Ambi Pur, pencuci pinggan dan banyak lagi.

Lebih baik kalian buat pembelian menerusi aplikasi Shopee kerana harga-harga yang ditawarkan ternyata berbaloi.

Lagi pula kempen pada kali ini juga ada menyediakan pembelian secara set dan sudah semestinya harga yang diberikan jauh lebih murah sekiranya dibeli secara berasingan.

Contohnya set hadiah Laundry Bestseller Giftset yang menawarkan pewangi dan pelembut fabrik Downy, sabun pencuci baju Dynamo dan sabun pencuci tangan Safeguard sebanyak empat set setiap satu dengan harga RM130.80 sahaja! Harga asal bagi kesemua barangan itu adalah RM265.60.

Sekiranya terlepas untuk merebut set berkenaan, kalian juga boleh membuat pembelian secara berasingan dengan potongan harga lebih daripada 18 peratus.

Nampak tak potongan harganya yang terlebih-lebih!

Set penjagaan kulit Olay

Bukan itu sahaja, menerusi Super Brand Day ini juga, orang ramai boleh dapatkan set penjagaan wajah Olay dengan harga yang sungguh berpatutan.

Iklan

Harga asal bagi set penjagaan wajah lengkap Limited Edition Olay x Friends Giftset adalah RM203.30, tetapi selepas diskaun sebanyak 50 peratus, harga menjadi RM101.65 sahaja!

Bagi mereka yang mahu membuat pembelian, jangan lupa untuk rebut baucar diskaun RM25 dan RM18 bagi setiap pembelanjaan minimum yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, produk kecantikan itu tidak hanya dijual secara set lengkap tetapi juga boleh didapati secara berasingan dengan potongan harga lebih 50 peratus.

Memang rugi sungguh kalau para wanita tak rebut peluang keemasan, jadi apa tunggu lagi jom buka aplikasi Shopee sekarang.

Produk mandian

Selain itu, Super Brand Day sempena Tahun Baharu Cina ini juga ada menawarkan potongan harga bagi produk penjagaan rambut, oral, sabun mandian dan banyak lagi.

Iklan

Bagi produk penjagaan rambut, orang ramai boleh nikmati pembelian barangan tersebut dengan potongan harga lebih 20 peratus.

Produk mandian pula boleh didapati dengan diskaun melebihi 12 peratus.

Murahkan? Jadi apa tunggu lagi, jom serbu Shopee sekarang untuk menikmati potongan harga berganda itu.

Baca juga: foodpanda raikan Krismas dengan banyak tawaran hebat. Pesan item dekor dan makanan hanya satu klik

Baca juga: Unlock Your Skin Secret with Syahirah di UiTM Puncak Alam meriah. Ramai teruja untuk cuba produk baharu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi