SK Group menerusi cabang perkakasan rumah, SK magic menyasarkan menjadikan Malaysia sebagai hub serantau di Asia Tenggara menjelang tahun 2028.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoon Yo-seop (gambar), pihaknya bakal memperuntukkan pelaburan mencecah RM140 juta untuk mencapai misi tersebut.

Jumlah itu ujar beliau, akan meningkat pada setiap tahun selari dengan pertumbuhan perniagaan syarikat di Malaysia.

“Untuk operasi SK magic di sana, kami melakukan suntikan modal pada setiap suku tahun. Rancangan kami adalah untuk membangunkan operasi di Malaysia selepas melihat banyak potensi pertumbuhan di Malaysia.

“Sehubungan itu, pelan rancangan jenama ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau dan ibu pejabat untuk pasaran di Asia Tenggara,” katanya ketika ditemui media di ibu pejabat SK magic di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

SK Magic

Turut hadir Ketua Komunikasi Korporat SK magic Malaysia, Kwak Kihyung.

Berdasarkan rekod, SK magic telah mengeluarkan lebih 1.2 juta produk setahun.

Antaranya seperti penulen air, penulen udara, ketuhar mikrogelombang, ketuhar, mesin pencuci pinggan mangkuk, dapur induksi dan banyak lagi.

Baca juga SK magic, Samsung Malaysia perkenal penghawa dingin WindFree Samsung berteknologi tinggi serendah RM79 sebulan

Pada tahun 2020, syarikat itu yang memiliki lebih 7,000 pekerja dengan 130 orang penyelidik telah menjana jualan melebihi RM3.27 bilion.

SK Magic

Mengulas lanjut, Yo-seop berkata, selain mempunyai persekitaran dan infrastruktur perniagaan yang memberangsangkan, rakyat Malaysia juga dilihat mempunyai kuasa membeli yang tinggi terutama dalam kalangan golongan pertengahan.

“Kami percaya produk dan inovasi teknologi yang dibawa SK magic akan menjadi pilihan dan diterima ramai,” ujarnya.

Baca juga Bukan biasa-biasa, SK magic lakar sejarah terima pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia

Pada perkembangan berkaitan, Yo-seop berkata, SK magic bakal memperkenalkan produk baharu mereka berupa mesin pencuci pinggan mangkuk dan tilam yang dijangka bakal menembusi pasaran Malaysia tahun depan.

SK Magic

Setakat ini, terdapat tiga produk utama sudah diperkenalkan iaitu penulen air, penulen udara dan penghawa dingin WindFree Samsung melalui skim sewa mampu milik SK magic dengan komitmen bulanan serendah RM79.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan