BUAT julung kalinya di Asia, Slumberland menjadi syarikat pertama yang menawarkan teknologi Kikoo Sleeptech untuk produk tilam pintar terbaharu, siri TempSmart™ 5.0.

Teknologi canggih dari Jerman yang digabungkan dengan TempSmart™ itu menambah baik ciri kawalan suhu tilam seterusnya membantu pelanggan tidur dengan lebih lena setiap malam.

Menurut Presiden Rantau Asia Hilding Anders Group, Marco Righi, perubahan cuaca tidak menentu dan haba badan yang terkumpul pada tilam menyebabkan kualiti tidur terganggu.

slumberland TempSmart™“Oleh itu, kami memperkenalkan teknologi hebat yang membantu menyerap haba yang berlebihan dan memastikan bilik tidur kekal nyaman selama lebih 12 jam.

“Gabungan teknologi unik dengan teknologi penyejuk semula jadi tersebut menjadikan siri TempSmart™ 5.0 dua kali lebih berkesan,” katanya.

Baca juga Hati-hati! Lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam koyak

Lebih menarik, tilam TempSmart™ tersebut dilengkapi dengan mikrokapsul pintar sebagai pelengkap fabrik yang menyerap, menyimpan dan mengeluarkan lebihan haba.

Slumberland TempSmart™ 5.0

Selain mempunyai spesifikasi unik seperti spring on spring, inovasi tersebut turut disertakan dengan fabrik mesra alam yang membantu mengekang pertumbuhan bakteria dan HyCare.

HyCare merupakan rawatan antimikrob terhadap hama habuk, bakteria dan kulat.

Siri Slumberland TempSmart™ 5.0 yang terdiri enam varian dijual pada harga bermula RM4,240 hingga RM 25,180 dengan jaminan 15 tahun untuk kerosakan pembuatan.

Iklan

Baca juga 500 juta sisa sel kulit tertinggal pada bantal. Kepada yang ada ‘bantal busuk’, tindakan segera perlu dilakukan

Slumberland TempSmart™ 5.0

Baca juga Badan lesu bangun tidur, alami gatal-gatal. Sila ambil perhatian kebersihan tilam

Iklan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://slumberland.com.my/ atau laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/slumberlandmalaysia.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI