FITNESS CONCEPT baru-baru ini memperkenalkan mesin senaman serba baharu, SOLE’s 3 IN 1 HIIT Trainer dengan fungsi lebih canggih.

Jenama rangkaian pakar kecergasan 1 Stop Fitness terbesar di Malaysia itu dalam satu kenyataan menyebut, fitur baharu didatangkan dengan kelebihan ciri latihan melangkah, mendaki dan melintas (cross).

“Demi mencapai misi kecergasan yang lebih mantap, SOLE’s 3 IN 1 HIIT Trainer membantu pengguna membakar 400 kalori pada tempoh 30 minit dengan lebih efisien.

“Pada masa sama, mesin tersebut membantu menguatkan otot pada bahagian kaki, punggung, paha, hamstring dan lain-lain,” kata jenama tersebut.

Fitness Concept

Selain membantu meningkatkan kesihatan jantung, alat yang didatangkan dengan bentuk lebih kompak itu mudah diletakkan di ruang rumah atau pejabat.

Baca juga Berlatih seperti atlet profesional, ProForm Tour De France CSC Exercise Bike mampu uji ketahanan diri hanya dari rumah

Berikut perincian lain SOLE’s 3 IN 1 HIIT Trainer:

i) Sesuai untuk mereka yang mengalami kecederaan akibat hentaman.

ii) Ciri pedal kaki kecederaan yang direka khas ahli terapi fizikal mempunyai reka bentuk yang berupaya mengurangkan tekanan pada buku lali dan lutut.

Fitness Conceptiii) Ciri tali dada tunggal yang disambungkan dengan Bluetooth untuk bacaan kadar denyutan jantung terus pada skrin.

Iklan

iv) Memiliki 20 tahap rintangan boleh laras untuk kesesuaian pengguna ketika melakukan senaman.

Sekiranya kalian merancang untuk memiliki mesin serba baharu tersebut bagi melengkapkan gim mini di rumah, jangan lepaskan promosi menarik yang sedang berlangsung.

Fitness Concept

Fitness Consept menawarkan kempen jualan beli satu percuma enam kepada 100 pelanggan pertama yang membuat pembelian bermula 1 Julai hingga 30 September depan.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari enquiries@fitnessconcept.com.my atau terus mengunjungi outlet berhampiran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan