Tak perlu pergi dobi cuci cadar, vakum pembersih Airbot basmi haba, bakteria hingga 99 peratus

JIKA dulu kaum Hawa terpaksa bersusah payah membawa cadar ke dobi untuk tujuan pembersihan, kini tidak perlu lagi berbuat demikian.

Airbot Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Airbot Dust Mite Vacuum Cleaner UV Disinfection CM900 yang berfungsi membasmi hama dan bakteria hingga 99 peratus.

Menurut informasi yang diakses menerusi laman web jenama tempatan itu, proses penghapusan kuman hanya memakan masa lima minit sahaja.

Dijual pada harga RM279, alatan berkenaan dilengkapi dengan teknologi tinggi iaitu cahaya ultraungu dan ciri getaran 8,000Hz.

 

“Selain itu, penyedut haba mudah alih berkenaan memiliki kadar kuasa sedutan hingga 13000Pa dan dilengkapi dengan penapis HEPA yang boleh menyaring debu dengan lebih berkesan. Beratnya cuma 1.4 kilogram,” kata jenama tersebut.

Baca juga: 2 model vakum tanpa wayar ACER mudahkan kerja ibu-ibu membersih di sudut ruang dengan mudah

Baca juga: Mahu dapatkan vakum robot yang ‘buat kerja’ bersihkan rumah, dapur tanpa dipantau? Rebut tawaran terhebat Lazada sekarang

Berikut antara spesifikasi lain Airbot Dust Mite Vacuum Cleaner UV Disinfection CM900:

Iklan
  1. Membersihkan cadar bersaiz queen sepantas lima minit.
  2. Dilengkapi penapis HEPA gred E11 yang boleh dicuci dan diguna semula.
  3. Kotak habuk dengan kapasiti 0.3 liter yang mudah ditanggalkan dan dicuci.
  4. Suis sensor keselamatan automatik tutup sendiri selepas 20 minit penggunaan.
  5. Kadar voltan 220v hingga 240v dan panjang wayar 4 meter untuk pembersihan lebih jauh.

Baca juga: Tak perlu berpeluh-peluh, bersusah payah untuk membersihkan rumah. Vakum pintar Dreame hadir jadi penyelamat 

Baca juga: Pembersih vakum genggam tanpa wayar, kalau ada satu di rumah, memang best!

Untuk maklumat lanjut, layari https://airbotmalaysia.com.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang