GUARDIAN Malaysia baru-baru ini melancarkan produk penjagaan rambut, badan dan sabun pencuci tangan Guardian Essential yang diperakui halal oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei juga Pengarah Jenama Sendiri, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Anna Hull berkata, pelanggan yang beragama Islam kini boleh menggunakan produk berkenaan kerana diyakini 100 peratus halal.

“Pensijilan produk jenama sendiri Guardian telah mencerminkan usaha Guardian dalam membangun dan membawa produk dengan nilai dan kualiti terbaik ke dalam pasaran bagi memenuhi keperluan juga permintaan pelanggan yang berubah-ubah,” katanya sambil menambah, rangkaian Guardian Essential baharu itu menampilkan reka bentuk botol baharu yang moden dengan pam berwarna, label serta saiz botol yang baharu.

Baca juga: Badan lesu bangun tidur, alami gatal-gatal. Sila ambil perhatian kebersihan tilam

Tambah Hull, pihaknya juga menampilkan produk dengan kualiti bertaraf dunia dan dihasilkan mengikut spesifikasi.

Bukan itu sahaja, ia juga berpatutan berbanding jenama-jenama popular, tetapi memiliki kualiti yang sama.

Dalam pada itu, mengulas mengenai produk penjagaan rambut Guardian Essential, Hull berkata, ia telah diuji secara dermatologi dan mengandungi campuran aktif tiga bijirin protein bijirin terhidrolisis iaitu gandum, soya dan jagung.

Bukan itu sahaja, produk berkenaan juga mempunyai asid amino seimbang yang menjadikan rambut anda sihat, licin dan bersinar.

Baca juga: “Bukan soal kemas, bersih tapi disiplin.”Wanita ini kongsi rutin dan teladan baik yang arwah ibu tinggalkan jadi ikutan

Menampilkan empat wangian antaranya Syampu dan Perapi Argan Licin dan Menyuburkan Syampu Mentol tiga dalam satu, Syampu dan Perapi Kawalan Rambut Gugur Halia dan Syampu AntiKelemumur.

Berikut perincian lanjut item yang dinyatakan:

i) Syampu dan Perapi Argan Licin dan Menyuburkan: Ia mengandungi minyak Argan Morrocco Asli yang mana membantu menyuburkan, melicinkan dan melembabkan rambut. Sesuai untuk rambut normal atau kering.

ii) Syampu dan Perapi Kawalan Rambut Gugur Halia: Ia mengandungi ekstrak halia dan ginseng. Sesuai bagi mereka yang memiliki rambut lemah dan rosak kerana ia membantu menguatkan rambut, mengurangkan rambut gugur.

iii) Syampu Anti Kelemumur Kelapa: Mengandungi ekstrak kelapa dan bahan anti kelemumur, Climbazole. Ia membantu melembabkan, melicinkan rambut dan mengurangkan kelemumur.

Serentak dengan itu juga, Guardian Essential menampilkan sembilan produk penjagaan diri yang lain.

Iklan

Baca juga: Naik berat badan, tua lebih cepat, 5 risiko orang muda tidur lewat

Antaranya Goat’s Milk Moisturising Shower Cream, Almond Milk Body Moisturising Shower Cream, Aloe Vera Refreshing Body Wash dan Lavender Refreshing Body Wash.

Kesemua produk tersebut telah diuji secara dermatologi.

Pencuci tangan Guardian Essential pun menarik untuk dibeli.

Iklan

Secara keseluruhan, terdapat enam variasi yang boleh dijadikan pilihan seperti Grapefruit Refreshing Gel Hand Wash, Lavender Refreshing Gel Hand Wash, Aloe Vera Refreshing Gel Hand Wash dan Cherry Blossom Moisturising Cream Hand Wash.

Jadi, hujung minggu ini kalau ke pusat beli-belah, jangan lupa singgah di Guardian. Tengah sale sekarang ini!

Baca juga: Wanita keliru bab inai celup dan sah solat, Ustazah Asma’ kongsi penerangan lengkap

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan