MALAYSIA terkenal dengan keunikannya sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kaya dengan budaya, adat resam, kepercayaan dan gaya hidup yang berbeza.

Malaysia juga dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang istimewa kerana berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama yang berbeza menjalani kehidupan aman dan makmur.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kejiranan di Malaysia menjadi contoh kepada negara maju lain kerana berjaya menguruskan muafakat masyarakatnya.

Pemahaman yang mendalam terhadap budaya setiap bangsa dan kaum di negara ini menjadikan setiap penduduk diterima antara satu sama lain.

Dengan kepelbagaian bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta kaum yang mewarnai Sabah dan Sarawak, rakyat negara ini saling memahami adat dan budaya agama serta menerima kepelbagaian yang wujud di kejiranan mereka.

Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat Islam bimbang sekiranya mereka tidak dapat mengelak daripada terkena najis mughallazah di kawasan kejiranan mereka.

Menyedari kebimbangan itu, Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd (Wipro Unza) telah mengeluarkan produk di bawah jenama Safi yang menyediakan alternatif sertu kepada penggunaan tanah yang kadang-kadang sukar diperolehi.

SERTU

Wipro Unza telah mengeluarkan produk terbaharunya, Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria yang telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tujuan sertu bagi menggantikan tanah tetapi pelaksanaannya masih terikat dengan hukum syarak.

Kini, rakyat Malaysia tidak perlu risau lagi untuk sertu kerana proses dan kaedahnya telah disemak dan disahkan oleh Institusi Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Apa yang menarik, produk yang diperkaya dengan habbatus sauda dan ekstrak bidara ini sesuai untuk kegunaan harian dan diuji secara dermatologi.

Baca juga Melancong tanpa masalah, bawa Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

Dalam pada itu, rata-rata pengguna menyambut baik inisiatif syarikat tersebut mengeluarkan produk sertu berbentuk skrub mandian menggantikan sumber tanah.

Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam, Khairudin Bujang, 67, berkata, produk itu bertepatan dengan peredaran zaman yang dapat memudahkan urusan harian orang Islam.

SERTU Khairudin Bujang,
KHAIRUDIN BUJANG.

Beliau berharap promosi diperluaskan supaya lebih ramai pengguna tahu terdapat produk sertu dalam pasaran.

“Produk ini bagus sebagai alternatif kepada sumber tanah. Kita sedia maklum kawasan bandar ini kebanyakan penduduk tinggal di rumah bertingkat, jadi untuk mencari tanah bagi tujuan sertu agak sukar.

Baca juga Mudah sertu guna produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

“Produk ini ada kelulusan daripada Institut Fatwa dan Halal jadi pengguna boleh menggunakan skrub mandian ini tanpa ada keraguan,” katanya.

Iklan

Seorang pembantu kedai, Mohd Nasri Mohd Noor, 60, berkata, setiap rumah perlu mempunyai produk ini untuk kegunaan kecemasan atau boleh juga digunakan secara harian.

SERTU Mohd Nasri Mohd Noor.
MOHD NASRI MOHD NOOR.

“Biasa orang pindah rumah akan cari tanah untuk sertu (basuh rumah), dengan adanya skrub mandian sertu antibakteria ini boleh menyelesaikan masalah tersebut.

“Selain cuci najis mughallazah, ia juga boleh digunakan sebagai skrub mandian untuk membuang daki dan kulit mati. Tidak rugi setiap rumah ada satu produk ini,” katanya.

Bagi seorang suri rumah, Norazmawati Ab Rahman, 47, berkata, produk ini menyelesaikan masalah kesukaran mencari tanah untuk sertu.

SERTU Norazmawati Ab Rahman.
NORAZMAWATI AB RAHMAN.

“Tinggal dalam kawasan bandar bukan hanya rumah bertingkat ada masalah untuk cari tanah, rumah lot pun hadapi kesukaran sama.

Iklan

“Adakala bila korek tanah ada tahi kucing. Jadi daripada susah-susah mencari tanah, lebih mudah gunakan produk ini. Bentuknya juga mudah disimpan atau dibawa ke mana-mana,” katanya.

Produk ini menjadi pilihan kerana senang digunakan, didatangkan dalam bentuk tiub, malah Safi turut menyediakan cara sertu yang mudah difahami.

Cara menggunakan SAFI Sertu:

  • Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada ain najis tersebut.
  • Basuhan pertama adalah dengan campuran Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan
    air mutlak dan disebatikan.
  • Selepas itu, ikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak enam kali.

Oleh NORAFIZA JAAFAR

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi