AGAKNYA ramai yang akan menarik nafas lega apabila mendapat berita gembira ini.

Setelah enam hari lalu Pulau Langkawi dibuka semula kepada pelancong sebagai projek rintis gelembung pelancongan negara, kini tiga lagi kawasan menyusul untuk pembukaan.

Tiga lokasi baharu pelancongan itu adalah Pulau Tioman, Genting Highland dan bandaraya Melaka yang mana bakal dibuka kepada orang ramai mulai bulan depan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata, perkara itu sudah diluluskan dalam Mesyuarat kedua Menteri Kuartet Covid-19 hari ini dan akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok sebelum diputuskan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu, ini antara ‘port’ paling menarik untuk dilawati, dah boleh masukkan dalam senarai;

[VIDEO] Pengurus resort kongsi moment manis 'bermain' ikan lumba-lumba di Pulau Tioman

Pulau Tioman;

1. Batu Malang

2. Island Hopping

3. Gunung Kajang

4. Gunung Nenek Semukut

5. Air Terjun Asah

6. Juara Turtle Project

7. Kampung Tekek

Genting Highland;

1. Genting Highland Premium Outlet GHPO

2. Genting / Awana Skyway

3. Skytropolis (indoor themepark)

4. Snow World

5. Strawberry Leisure Farm

6. Happy Bee Farm

7. Vision City Video Games Park

Iklan

8. World of Phalaenopsis (Orchid Farm)

'Melakan Visit Melaka' tawarkan pakej menarik... berbaloi warga kota bersejarah

Melaka;

1. Melaka River Cruise

2. Zoo Melaka

3. Jonker Walk

4. The Shore Oceanarium

Baca juga Jangan cemuh mereka yang ke Langkawi, ini coretan peribadi jadi panduan bercuti

Iklan

5. Menara Taming Sari

6. A Famosa Resort

7. Melaka River Walk

8. Encore Melaka

Alhamdulillah, bolehlah orang ramai melepaskan ‘geram’ akibat sudah lama terperuk di rumah kan.

Semoga kita semua selamat dan sentiasa patuh kepada SOP semasa bercuti. Kita jaga kita.