SIAPA tak kenal Melaka.. negeri yang kaya tinggalan sejarah, budaya yang pelbagai dan tentu sekali populariti makanannya iaitu asam pedas!

Jangan lepaskan peluang untuk jalan-jalan dan pusing keliling Melaka. Setiap lorong jalannya penuh makna.

Selain mural yang menghiasi dinding bangunan, mata akan dijamu dengan keunikan seni yang amat tinggi, pengaruh yang dibawa dari pelbagai etnik dan budaya.

7 aktiviti luar paling best di Melaka, wajib singgah!

Kebaya nyonya, produk kayu jati, barangan tembikar dan banyak lagi boleh dilihat di kiri kanan jalan.

Kemudian dimeriahkan pula dengan beca berhias bersimpang-siur membawa penumpang.

Paling menarik, gerai atau restoran asam pedas berada di mana-mana. Pelancongan domestik sudah pun dibuka.

Ayuh, datanglah ke Melaka. Anda tak perlu ragu-ragu, Melaka selamat dikunjungi, harga dan apa juga pakej yang ditawarkan sangat berbaloi. Anda berpeluang terokai bandaraya bersejarah ini sepuas-puasnya.

Jangan lupa jaga jarak, guna hand sanitizer dan pakai pelitup muka! Muat turun applikasi ‘Melaka eXcess’ dan dapatkan kredit percuma RM10 di Google Store & Apple Store.

7 Aktiviti Luar Paling Best!

Melaka juga lokasi terbaik untuk mereka yang suka cabaran dan keseronokan aktiviti luar. Tujuh lokasi tumpuan ini yang patut anda cuba sepanjang percutian.

1. Skytrex Adventure (Ayer Keroh) – www.skytrex-adventure.com

Pusing keliling Melaka

Nak hirup udara segar dalam suasana lasak dan mencabar, jom ke Skytrex Adventure. Rasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok  dengan siri halangan yang digantung pada ketinggian 3-22 meter udara.

Hanya 5 minit perjalanan dari tol Lebuh Raya Plus.

2. Melaka on Bike – www.melakaonbike.com

Aktiviti berbasikal memang menyeronokkan. Teroka keindahan Melaka selama tiga jam untuk perjalanan kira-kira 20 kilometer dari bandar.

Luangkan masa untuk menikmati pemandangan, berinteraksi dengan penduduk setempat dan kenali negeri bersejarah ini secara peribadi.

3. Menyusuri Sungai Paya Lebar dengan Paya Lebar Cruise

Pusing keliling Melaka

Nak rasai cabaran secara semulajadi, susuri Paya Lebar Cruise. Banyak  aktiviti menarik boleh anda sertai, antaranya:

  • Melihat keindahan hutan paya bakau berusia ratusan tahun.
  • Lihat sendiri pembuatan kayu arang berusia 100 tahun di Sabak Arang.
  • Cabaran mencari lokan dan nikmati lokan bakar segar di Taman Lokan.
  • Peluang melihat haiwan liar di habitat semula jadinya.
  • Menyaksikan kerlipan kunang-kunang berirama pada waktu malam.

4. Pusat Penetasan Penyu

Penyu tercantik di dunia ada di Melaka! Spesies yang paling banyak mendarat dan bertelur ialah penyu Karah. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Masjid Tanah.

5. Taman Eko-Rimba

Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah menyajikan percutian berasaskan keindahan alam semulajadi dan juga cabaran kepada penggemar aktiviti mendaki bukit serta meneroka lebih daripada 10 gua yang terletak di Kampung Bukit Senggeh Selandar Melaka.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti “nocturnal walk” iaitu berjalan pada waktu malam sambil mendekati habitat hidupan liar. Pilih sama ada menginap di khemah, dangau atau chalet, harga ditawarkan amat berpatutan.

Kunjungi Facebook Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah untuk maklumat lanjut.

6. Maldives Of Melaka

Kepada yang suka bergambar, Sungai Kesang adalah lokasi paling sesuai untuk dijadikan album peribadi. Airnya jernih bak kristal, keindahannya memukau pasti membuatkan kita terpegun. Jom ke Sungai Kesang, Sungai Rambai untuk melihat kejernihan airnya sambil menikmati pemandangan mengasyikkan. Lokasi percutian terbaik jika anda ke Melaka!

7. Flyboard Melaka

Jom cuba bot elektrik di Tasik Ayer Keroh. Boleh disewa untuk empat orang selama 30 minit atau 1 jam. Waktu operasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 petang. Hubungi Flyboard Melaka di 019-7444818 untuk maklumat lanjut.

Tempat Makan Best Di Melaka

Sarapan sedap!

Roti Selimut Pak Ali

  • Gerbang Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh.

Nasi Lemak Saka

Iklan
  • Medan Selera Selandar, Jasin.

Warung Nenek Munah

  • KM20, Kampung Sungai Petani, Alor Gajah.

Roti Canai Kayu Arang

  • 459, Kampung Bakar Batu, Melaka.

Perhentian Kuih Kampung

  • Ujong Pasir, Melaka.

Mee Goreng Hassan (mee bodo)

  • Jalan Tengkera, Melaka.

Tengah hari di mana?

Asam Pedas Selera Kampung

  • No G2 Plaza Mahkota 3, Melaka.

Warung Kari Kambing & Asam Pedas Claypot

  • KM42, Jalan Tambak Merlang, Asahan.

Ayam Tempayan Original M.P

  • Jalan Alor Gajah Lama, Alor Gajah.

Lepak minum petang

Cendol Jam Besar

  • Clock Tower, Bandar Hilir.

Kopitiam Balak

  • Jalan Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Mango Float Royale

  • Kampung Sungai Putat, Batu Berendam.

Big Bowl Ice Kota Laksamana

Iklan
  • 11 Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana.

Kuih Keria Antarabangsa

  • Limbongan, Melaka.

Coconut Shake Batu Berendam

  • No.5, Tingkat Bawah, Jalan Kanan 1, Taman Ria

Kuih Bakar Kuala Ina

  • Ag 4126, Kg Kuala Ina, Alor Gajah.

Cendol Seri Serkam

  • Kampung Serkam Pantai, Merlimau Melaka.

Tempat makan malam top!

Ikan Bakar Parameswara

  • Medan Ikan Bakar Pengkalan, Melaka.

Ikan Bakar Muara Sg Duyung

  • Medan Ikan Bakar, Sungai Duyung, Melaka.

Restoran Cerana Ikan Bakar Alai

  • Medan Ikan Bakar Dan Asam Pedas Sungai Punggur, Kampung Alai, Melaka.

Asam Pedas Pasar Borong

  • Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam

Pak Putra Tandoori & Naan

  • Kota Laksamana, Melaka.

Makan Avenue

  • No 26 Jalan Kampung Hulu, Melaka.