PELAKON pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19. Perkembangan tersebut dikongsikan pengurusnya, Iman Tang menerusi Instagramnya hari ini.

“She just tested positive for Covid-19 an hour ago. Please pray for her.

“Please doakan dia supaya cepat sembuh. Stay strong Puteri,” tulis Iman beberapa jam tadi.

Bagaimanapun perkongsian tersebut tidak menyatakan tentang gejala atau punca pelakon itu positif virus berkenaan.

Iklan

Sementara itu laman Instagram Puteri mula dihujani kata-kata positif daripada rakan-rakan artis dan para pengikutnya yang mendokan agar pelakon Utusan Cinta Buat Adam itu kembali sembuh.

Iklan

Difahamkan Puteri Aishah baru sahaja kembali ke tanah air pada minggu lalu selepas menjalani penggambaran sebuah drama di Scotland.