PELAKON Puteri Aishah yang disahkan positif Covid-19 pada Selasa lalu, buat pertama kalinya berkongsi perkembangan terkini dirinya yang sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Puteri menerusi laman Insta Story miliknya hari ini mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

Menurut pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman, 24, dia dalam keadaan OK, cuma mengalami jangkitan virus di paru-paru.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan kesihatan Puteri. Alhamdulillah, now Puteri still OK, cuma ada sedikit jangkitan virus kat paru-paru.

“Semua doktor and nurse kat sini very kind and helful. Thank you so much to all of them. Semua yang terjadi ada hikmahnya,” tulis Puteri.

Dalam pada itu, pelakon filem Pulang itu sempat menasihati orang ramai agar terus mematuhi arahan PKP yang dilaksanakan pihak kerajaan.

“Puteri harap anda semua ikut perintah kerajaan to #StayAtHome and practice hygiene. Please don’t take this for granted.

“Doakan Puteri dan pesakit yang lain speedy recovery. Let’s fight this together,” katanya.

Iklan

Terdahulu Puteri Aishah menjalani tempoh kuarantin sekembalinya ke tanah air pada 31 Mac lalu selepas menjalani penggambaran drama Demi di Scotland, sebelum disahkan positif Covid pada Selasa.

Selain Aishah, seorang pelakon kanak-kanak, beberapa orang krew produksi termasuk pengarah drama tersebut turut disahkan positif dan kini sedang mendapatkan rawatan.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Puteri Aishah)