NAMA Que Haidar dalam industri lakonan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun sudah lama tidak membintangi drama mahupun filem, namun lakonannya terdahulunya masih bermain diingatan peminat.

Malah tidak keterlaluan untuk melabelkan Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar sebagai antara pelakon hebat tanah air.

Terbaharu, Que, 41, berkongsi berita gembira buat peminat setia apabila kembali ke set penggambaran menerusi naskhah berjudul Pencipta Pegang Waktu.

Que ketika hari pertama penggambaran encipta Pegang Waktu.
Que ketika hari pertama penggambaran Pencipta Pegang Waktu.

Biarpun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai naskhah berkenaan, namun rata-rata pengikut Instagram bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui tidak sabar untuk melihat kembali lakonan Que di kaca TV.

Antara komen peminat :

az_piez : “Lama x tgk que haidar belakon.. huhu mesti best ni”

kamarolzarol_petomsky : “Semoga semua berjalan lancar..sy menanti raya haji nanti”

Iklan

ai.syasyasya : “Aaaaaaaa akhirnya”

mujaheedah678 : “Bila tayangan nya.. Tak sabar…”

Iklan

_shydaaaa_ : “Suka tgk abg que berlako”

Selain Que, antara pelakon lain yang terlibat adalah Fauziah Datuk Ahmad Daud, Khir Rahmad dan Puteri Balqis.