BERSEMPENA dengan hari lahir pelakon hebat, Rajinikanth yang ke 70 pada tahun ini, Astro menawarkan siaran percuma untuk tujuh puluh filemnya yang terhebat di saluran baru, Rajini70 HD (saluran 100) dari 1 hingga 30 Jun 2020.

Para peminat legenda hebat ini boleh menonton filem pertama Rajinikanth, Apoorva Raagangal sehingga ke filemnya yang terkini, Darbar.

Filem-filem Rajinikanth yang turut ditawarkan termasuklah Moondru Mudichi, 16 Vayathinile, Kavikuyil, Avargal, Bairavi, Mullum Malarum, Thalapathi, Kabali, Muthu, Baashha, Padaiyappa dan banyak lagi.

Rajinikanth sambut ulang tahun ke 70, tetap hebat dan dihormati

Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao Gaekwad dilahirkan pada 12 Disember 1950. Selain berlakon, beliau juga merupakan penerbitan dan penulis skrip. Beliau cukup dihormati dalam dunia perfileman India.

Iklan

Hasil kerjanya banyak mendapat pengiktirafan dan beliau sendiri pernah diangkat sebagai pelakon terbaik dalam pelbagai majlis. Selain itu, dalam kehidupan peribadi, beliau sendiri pernah mendapat banyak penganugerahan tertinggi.

Rajinikanth juga merupakan antara pelakon lelaki Asia yang mendapat bayaran tertinggi selepas Jackie Chan pada suatu ketika dahulu.

Iklan

Paling penting walaupun umurnya 70 tahun namun dia digemari dan disayangi oleh pelbagai lapisan peringkat umur.