AYAM panggang merupakan antara juadah yang terkenal apabila dijual di bazar Ramadan. Enak dimakan begitu sahaja.

Kepada penggemar ayam panggang, anda pasti tertanya-tanya apakah bahan yang digunakan untuk perapan ayam supaya rasanya setanding dengan ayam panggang berjenama terkenal lain. Kalau tanya orang kedai, memang tidaklah mereka nak kongsi rahsia kan???

Jangan risau, Sinar Plus akan kongsikan bahan rahsia perapan ayam panggang paling sedap!

Bahan-bahan:

Ayam (Bahagian peha)
2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
Seulas bawang putih yang ditumbuk
2 biji bawang merah yang ditumbuk
½ inci halia yang ditumbuk
1 ½ sudu kecil sos ikan

Cara-caranya:

1) Campurkan kesemua bahan dan perap ayam dalam peti sejuk selama 10-15 minit.

2) Kemudian, masukkan ayam yang telah diperap ke dalam pinggan.

Iklan

3) Tutup menggunakan tin foil.

4)Masukkan ke dalam ketuhar selama 15-20 minit dengan suhu yang tinggi.

Siap! Senang je kan? Anda boleh mencuba di rumah dan jamukan untuk keluarga. Sangat mudah dan sedap.

Iklan

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH