SEDAPNYA ayam percik, lebih-lebih sewaktu berbuka puasa.

Walaupun bazar Ramadan tahun ini ‘dibekukan’ tapi jangan risau, Sinar Plus kongsikan resipi ayam percik.

Bahan-bahan untuk perap:

Dada ayam (4 ketul)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Garam

Bahan untuk kuah:

1 cawan santan cair
4 batang serai
Halia sebesar ibu jari
Lengkuas sebesar ibu jari
20 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
1 cawan air
5 sudu makan gula
Sedikit garam
1 sudu perasa
3 butir asam keping
Santan pekat

Iklan

Cara-cara:

1. Kelarkan sikit dada ayam.
2. Tumbuk kasar semua bahan perapan dengan sedikit garam dan lumurkan pada ayam. Perap selama 1 jam.
3. Sementara itu, sediakan kuah. Masukkan kesemua bahan. Kecuali santan pekat. Didihkan ia dalam periuk.
4. Setelah didih masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan masak sehingga separuh masak.
5. Selepas itu, angkat ayam dan perapkan selama satu jam lagi dengan sedikit kuah tadi.
6. Lebihan kuah masak lagi dengan tambahkan santan pekat agar teksturnya pekat.
7. Selepas ayam sudah siap diperapkali kedua, boleh masak dengan cara yang anda suka iaitu bakar dalam oven, panggang atas api atau masak pada periuk leper.
8. Selepas itu boleh hidangkan bersama kuah dan dinikmati.

Iklan

Ini resipi ayam percik boleh buat untuk juadah berbuka puasa nanti. Selamat mencuba.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: SirapLimau