HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Bila tibanya Ramadan nanti, mulalah tekak terasa nak minum air macam-macam. Kalau hari biasa langsung tak pernah hairan, tapi masuk bulan puasa lain macam pula selera tekak ni.

Sirap Bandung antara pilihan terkenal untuk menu berbuka. Selalunya boleh dapat di bazar Ramadan sahaja. Tapi untuk tahun ini, tiada bazar Ramadan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri resipi ni di rumah. Lebih jimat dan pastinya berbaloi boleh minum hari-hari!

Bahannya simple saja dan cara membuat pun tak susah.

Bahan-bahan:

  • 1 botol air ice cream soda 1.5 litres
  • Sirap ros
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • Ais

Cara-caranya:

1)Campurkan ice cream soda, sirap ros, esen vanila, susu pekat dan susu cair. Kacau rata dan masukkan kiub ais.

Iklan

2)Biarkan kiub ais cair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung. Siap!

Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun lebih baik, tambah daun pandan dalam sirap ros yang anda masak tadi untuk menambah keharumannya.

Iklan

Dia punya rasa tu sampai tak boleh tidur malam katanya. Nampak macam air bandung biasa, tapi bila dah pekena satu cawan mesti tak cukup. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK