BUAT penggemar telur masin, pasti anda menggemari telur kuning berbanding telur putih kan? Tetapi, telur kuning tak banyak. Jadi apa kata kita buat telur masin kuning sahaja.

Bahan-bahan:

Telur ayam pencen (telur ayam pencen memang tidak ada kulit dan warna putih)

Garam

Cara penyediaan:

telur masin

– Bersihkan telur ayam pencen terlebih dahulu, kemudian letak garam mengikut cita rasa anda nak masin sangat atau pun cukup-cukup rasa je. Ratakan garam tu dan gaul manja sebab takut telur tu hancur. Selepas itu, tutup dan peram selama 3 jam.

– Selepas dah habis peram, garam tadi akan larut. Kemudian rebus dua tiga biji untuk uji kemasinan teluar kuning tadi tetapi kalau tak masin boleh tambah garam dan peram lagi sekali. Langkah yang terakhir bersih dan toskan kemudian biarkan telur kuning tu kering.

telur masin

– Kemudian letak dalam bekas kedap dan simpan dalam peti ais. Jangan simpan di luar, takut cepat rosak sebab bakteria.

telur masin

– Dah siap! Jadi lepas ini anda boleh makan sepuas-puasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Fb Hafiz Danial
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif