Rico Rinaldi lancar himpunan kasut Ready To Wear baharu. Selesa, praktikal dipakai pada majlis formal, santai

SELESA, cantik dan praktikal. Itu antara kriteria yang sering menjadi keutamaan kaum wanita dalam memilih kasut.

Biarpun letaknya di bawah dan adakalanya berselindung di sebalik seluar atau gaun, namun alas kaki itu cukup signifikan.

Ingat, jangan terlalu obses menggayakan sepatu yang dari segi luarannya nampak cantik sehingga mengabaikan soal keselamatan. Satu lagi, jangan jadi mangsa fesyen.\

Menurut pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi, penggayaan kasut berkait rapat dalam membina keyakinan diri dan melengkapkan personaliti seseorang.

Baca ni Kasut GEOX tak pernah tak selesa. Tampil dengan koleksi Spherica Actif yang kalis air, kusyen lebih selesa

Beliau yang juga pengasas jenama Rico Rinaldi juga berkata, penampilan tidak hanya bergantung kepada pemilihan busana yang indah dan mewah semata-mata.

“Kasut perlu diberi perhatian juga. Ini kerana aksesori tersebut membantu menyerlahkan gaya seseorang. Sehubungan itu, elak memilih kasut yang sama untuk semua jenis majlis.

“Kita kena tahu kesesuaian dan jenis kasut sama ada kasual, santai ataupun formal. Demikian juga jika mahu menghadiri majlis formal bertemakan glamor,” ungkap beliau.

Iklan
Iklan

Sebagai pereka, Rico memahami bahawa bukan semua individu berduit. Namun, nasihatnya, biarpun mahu berjimat dengan membeli kasut yang murah, jangan sampai memudaratkan kaki.

Baca lagi Malu kaki berbau busuk, sanggup tak buka kasut takut kena kecam. Selesaikan masalah itu dengan 5 kaedah ini

Dari satu sudut, ujar graduan Diploma Fesyen dan Rekaan, Universiti Lim Kok Wing itu, selain memiliki fungsi, sepatu juga melambangkan personaliti seseorang. Justeru, semua individu tidak boleh tangkap muat sahaja dalam memilih untuk menggayakan aksesori penting berkenaan.

Kepada satu soalan, pemenang Anugerah Pereka Muda Terbaik Festival Fesyen Kuala Lumpur 2011 berkata, rekaan kasut jenis bertutup lebih sesuai digayakan terutama oleh bakal raja sehari.

Walaupun ada yang berpandangan, busana yang digayakan jenis labuh sehingga menutup kaki, namun pemilihan item tersebut tetap penting.

 

“Pastikan kasut yang menjadi pilihan adalah yang selesa dan mudah dipakai. Saiz kasut yang tepat juga penting supaya tidak menggigit kaki atau melecet.

“Untuk pasangan pengantin khususnya, mereka biasanya perlu berdiri dalam tempoh yang lama untuk melayan tetamu. Jadi, sebaiknya pilih yang selesa dan tidak menyakitkan kaki,” jelasnya.

Baca lagi “Siapa nak buat baju tak seksi, boleh roger aku tau,” – azam Rico Rinaldi selepas balik dari haji

MINIMALIS
Beliau dalam pada itu berkongsi cerita mengenai koleksi terbaharu kasut yang dilancarkan baru-baru ini.

“Ini merupakan rekaan sulung saya untuk koleksi sedia untuk dipakai atau ready to wear untuk sepatu pengantin. Sebelum ini, ada kasut yang dibuat khas atas permintaan raja sehari, namun kali ini saya mengeluarkan atas permintaan ramai,” katanya.

Istimewanya, harga produk berkenaan amat berpatutan berbanding yang ditempah atau dibuat khas iaitu bermula pada nilai RM169 hingga RM189.

Secara keseluruhan, terdapat tiga jenis warna iaitu off-white, warna kulit dan juga hitam.

“Rekaan kasut ini lebih minimalis dan menerapkan unsur moden serta urban. Selain itu, saya turut menggunakan PU Vegan Leather yang sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Lebih menarik lagi, ia bukan sahaja boleh digunakan untuk majlis kahwin, malah sesuai untuk penggunaan kasual dan juga majlis formal,” ulasnya.

Baca lagi Rico Rinaldi lancar aplikasi fesyen, urusan pembelian jadi lebih mudah

Menambah rencah dalam perbualan, Rico berpesan kepada mereka yang menggemari sepatu yang mempunyai perincian seperti manik.

“Hindarkan menggunakan kasut yang mempunyai elemen seperti chunky beads atau manik yang besar atau tebal ketika menggayakan skirt atau gaun jenis sifon, renda atau lace, bimbang akan tersangkut ketika kaki melangkah,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan manik yang menjadi kecenderungannya, Rico berkata, beliau amat meminati batu-batuan swarovski.

Baca lagi Wanita kena hati-hati pilih kasut, elak kaki ‘dapat’ bunion. Tiada ubat, hanya pembedahan menanti

“Ya, benar, saya cukup suka meletakkan batu swarovski untuk rekaan saya. Setakat ini, ia masih selamat dan sesuai untuk digayakan bersama kasut daripada fabrik lace. Saya memang akan pastikan mereka yang memakai kasut terbuka atau tertutup tidak rasa kekok ketika menyarungnya.

“Kasut pula ada pelbagai jenis seperti block, stiletto, kitten dan sebagainya. Bagi fabrik, saya lebih suka mengetengahkan jenis satin selain lace. Sementera warna pula, kebanyakannya warna kulit, off white dan hitam,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

5 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

8 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

9 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

10 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

14 hours ago