AKHIRNYA teka-teki status perkahwinan Bella Astillah terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan kembali rujuk dengan suaminya, Aliff Aziz, 29, pada tahun lalu ketika masih dalam tempoh edah.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, berkongsi berita tersebut, sekaligus mendedahkan dirinya kini hamil anak kedua menerusi balasan komen para pengikutnya di Instagram yang bertanya tentang perubahan bentuk badannya.

“Ya Saya,” ujar Bella menjawab pertanyaan tentang kehamilannya.

Jelas Bella, dia dan Aliff tidak perlu berkahwin semula kerana masih dalam tempoh edah (ketika rujuk semula).

“Kenangan pahit tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa,” katanya.

Pendedahan tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet di mana ada yang menyokong dan juga mengecam serta menyifatkan Bella tidak serik dengan apa yang berlaku.

Iklan

Bella dan Aliff itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan kemudiannya bercerai pada Mei tahun lalu. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Bella Astillah)