MEMILIKI motosikal berkuasa tinggi menjadi impian kebanyakan jejaka.

Namun hakikatnya tidak ramai yang mampu menjadikan impian itu suatu kenyataan kerana banyak wang yang perlu dilaburkan untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Apakan tidak, kerana ada yang berharga menyamai sebuah kereta.

Namun, itu bukanlah menjadi halangan buat pengilang untuk menghasilkan pelbagai jenis model jentera dua roda berkuasa tinggi mengikut era dan peredaran zaman.

Buktinya, November tahun lalu, BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan model terbaru S1000RR, yang dilengkapi M Package pada harga RM138,500.

Kini, model sama telah dilancarkan, tetapi tanpa pakej aksesori prestasi dan dijual pada harga yang lebih murah iaitu RM116,500 bersama jaminan serta bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

S1000RR tanpa pakej aksesori jauh lebih murah, khas buat peminat jentera dua roda berkuasa besar

Pastinya ini merupakan satu berita baik buat semua penggila motosikal berkuasa besar. Batul tak?

Walaupun merupakan versi yang lebih rendah, kebanyakan perincian asas S1000RR baru ini adalah sama seperti yang dilengkapi dengan M Package.

Jentera dua roda yang dilancarkan itu masih menggunakan enjin empat silinder selari 999 cc ShiftCam dengan 207 kuasa kuda (hp) pada 13,500 rpm dan tork 113 Nm pada 11,000 rpm.

S1000RR tanpa pakej aksesori jauh lebih murah, khas buat peminat jentera dua roda berkuasa besar

Sementara itu kotak gear pula digabungkan bersama transmisi enam kelajuan dan penukar gear HP Shift Assistant Pro.

Iklan

Tambahan pula jentera dua roda ini juga dilengkapi dengan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro, dengan setiap satu mod memberikan maklum balas penyampaian kuasa yang berbeza serta pelarasan Dynamic Traction Control (DTC) dan ABS Pro yang bersesuaian.

Selain itu, Hill Start Control pula berfungsi membantu apabila mula bergerak pada permukaan berbukit, manakala bahagian pemegang dipasang dengan stabiliser yang boleh dilaras.

Bahagian instrument pada meter S1000RR baru itu lengkap menggunakan skrin TFT 6.5 inci yang boleh dikawal menggunakan butang yang terdapat di bahagian kiri pemegang.

S1000RR tanpa pakej aksesori jauh lebih murah, khas buat peminat jentera dua roda berkuasa besar

Iklan

Ia juga turut dilengkapi dengan Connectivity yang membenarkan sambungan kepada telefon pintar dan membolehkan penunggang menjawab panggilan dan mendengar muzik.

Apabila disambung dengan BMW Connected App pula, ia boleh menunjukkan data serta statistik motosikal.

Kelengkapan lain pada model ini adalah kerangka Flex Frame, penutup tempat duduk belakang, lampu hadapan dan belakang LED, fork USD 45 mm dengan pelarasan preload spring, lantunan serta mampatan, monoshock dengan pelarasan pelarasan sama, brek cakera berkembar 320 mm dengan angkup empat piston di hadapan, cakera tunggal 220 mm dan angkup satu piston di belakang, serta berat basah 197 kg (versi M Package mempunyai berat 193.5 kg).

Menurut BMW, jentera baharu ini boleh didapati disemua pengedar rasmi BMW. Jadi, tunggu apa lagi? Boleh la buat tempahan pada yang berminat!