LEGENDA Komedi Hollywood Carl Reiner meninggal dunia di kediamannya, di Beverly Hills, Amerika Syarikat, akibat sakit tua pada Isnin.

Reiner yang sudah lebih tujuh dekad berada dalam industri itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 98 tahun.

Bintang komedi itu juga aktif sebagai pelakon dan pernah membintangi  filem Ocean’s Eleven pada tahun 2001.

Tidak hanya itu, dia juga merupakan seorang pengarah yang produktif dengan mengarahkan lebih 15 buah filem seperti The Jerk dan The Man With Two Brains.

Iklan

Malah pada usia 90-an, Reiner juga masih aktif dalam bidang seni dengan menyumbang suara latar untuk beberapa program dokumentari termasuk You’re Not in the Obit dan Eat Breakfast.

Iklan

Reiner meninggalkan tiga anak iaitu Annie Reiner, Lucas Reiner dan Rob Reiner. Rob juga mengikuti jejak Reiner sebagai pengarah menerusi When Harry Met Sally, Stand By Me dan This is Spinal Tap.