BERITA baik buat kaki jalan. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya bila agaknya kerajaan mahu membuka pintu sempadan untuk ke negara jiran.

Mana tidaknya, sejak pandemik Covid-19 ‘menggila’ dan angka kes yang positif dilaporkan kian meningkat, pintu sempatan negara dan juga negara-negara luar yang turut terjejas terpaksa kembali ditutup.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun, memetik laporan portal media tempatan, Thailand dilaporkan bakal membuka sempadan Thai-Malaysia bermula bulan depan bagi merangsang sektor pelancongan dan ekonomi di wilayah selatan.

Menurut Timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek, berikut info berkaitan;

1. Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) serta pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan untuk menggariskan langkah mitigasi pandemik bagi pembukaan semula pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala , Narathiwat dan Satun.

2. Menurut Bangkok Post, berikutan dasar kerajaan untuk membuka gelembung perjalanan dengan Malaysia, pelancong dari negara jiran akan dibenarkan masuk di bawah skim ‘Test and Go’ tanpa kuarantin ketika ketibaan.

Simpan harapan nak melancong, Thailand tidak akan buka pintu sempadan sehingga 2021

Iklan

3. Bagaimanapun, pelawat masih perlu lulus dua ujian RT-PCR selepas tiba di Thailand.

4. Perdana menteri yakin Thailand akan kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama dunia walaupun berdepan pandemik.

5. Kerajaan akan menyokong usaha untuk menggiatkan semula pelancongan dengan penekanan pada kesihatan dan keselamatan awam,” kata Rachada.

6. Inspektor Jeneral yang bertugas di zon kesihatan awam 12, Dr Suthep Phetmak, berkata situasi Covid-19 di Malaysia dan Thailand adalah sama.

Baca juga Perkampungan kontena, pembetung dan tapak khemah di hadapan tasik, percutian di Nafas Cube memang berbaloi

7. Pada 12 Februari lalu, terdapat kira-kira 20,000 kes baharu. Agensi kesihatan awam menjangkakan risiko pembukaan semula sempadan adalah rendah.

Iklan

8. Sebelum pembukaan semula, agensi kerajaan akan menyediakan proses imigresen, ujian, hotel dengan standard SHA+ dan perniagaan dengan Tetapan Bebas COVID, termasuk pengangkutan awam, lokasi pelancongan, restoran dan pusat beli belah.

Apa-apa pun, teruskan mematuhi SOP kerana negara kita masih belum menang menentang wabak pandemik ini.