PELAKON Puteri Aishah meluahkan rasa syukurnya apabila kini bebas jangkitan Covid-19 dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas 11 hari dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Allahuakbar! Bila jururawat, Kak Zue beritahu hasil ujian Covid-19 negatif, saya terus menggeletar satu badan.

“Alhamdulillah syukur dan gembira sangat. Ya Allah, bersyukurnya,” luah Puteri Aishah menerusi sebuah perkongsian video di laman Instagramnya hari ini.

Puteri Aishah yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai terutamanya para peminat yang sentiasa mendoakan kesihatannya.

“Selepas 11 hari dalam wad, jam 12 pagi tadi saya buat ujian swab kedua dan pada sebelah tengahari saya disahkan negative dan bebas covid-19.

“Saya berjaya lawan covid! Alhamdulillah Syukur. Terima kasih semua sebab doakan saya.

Iklan

“Terima kasih yang teramat sangat kepada semua jururawat dan doktor yang jaga dan rawat saya selama di sini. Saya sangat hargai, terima kasih,” ujarnya.

Puteri Aishah sebelum ini disahkan positif Covid-19 pada 7 April lalu setelah beberapa hari pulang ke tanah air selepas menjalani penggambaran drama Demi di Scotland.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Puteri Aishah)