BUAT korang yang gemarkan aktiviti snorkeling pastinya Malaysia antara destinasi pilihan terbaik. Jika tak percaya, pergilah ke Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu.

Terdapat lebih 30 kawasan selam skuba dan snorkeling untuk dijelajah dan setiapnya unik dengan tarikan tersendiri yang akan membuatkan korang akan kembali untuk lebih banyak pengalaman.

Tempat menyelam skuba yang popular

  1. Sugar Wreck

Sebelum jejak Pulau Perhentian, ‘kaki snorkeling’ kena tahu ‘port baik’ ni

Salah satu tempat menyelam yang berdekatan dengan pulau, terdapat sebuah kapal yang telah tenggelam di kejauhan 18 meter bawah laut.

Istimewanya kawasan ini adalah bangkai kapal ini yang menjadi rumah kepada hidupan marin yang banyak.

Menyelam sekitar kapal untuk melihat jerung, ikan buntal, ikan barakuda dan banyak lagi! Kapal sepanjang 80 meter ini juga pernah mengangkut gula.

  1. Tokong Laut

Sebelum jejak Pulau Perhentian, ‘kaki snorkeling’ kena tahu ‘port baik’ ni

Dikenali sebagai ‘Kuil Bawah Laut’, tempat ini patut ada dalam senarai korang. Bahagian terdalam kawasan menyelam ini adalah sedalam 25 meter.

Di sana korang akan dapat melihat Nemo atau clownfish, scorpionfish, ikan pari berwarna biru dan pelbagai jenis batu karang.

Jangan terlepas jerung buluh yang tinggal di bawah batu dan berenang di kalangan ikan jenahar!

  1. Terumbu Tiga

Sebelum jejak Pulau Perhentian, ‘kaki snorkeling’ kena tahu ‘port baik’ ni

Jika korang mahu melihat atau berenang bersama penyu, kawasan ini tempat yang sesuai untuk dikunjungi.

Terumbu Tiga agak besar dan menjadi tempat tinggal bagi pipefish, mudibranch dan ikan barakuda.

Terdapat beberapa gua besar dan kawasan berenang di antara batu-batu yang menambah lagi keseronokan kepada penyelam.

Kadar bayaran?

Kebanyakan pusat menyelam di Pulau Perhentian menawarkan kurus menyelam PADI dan berharga antara RM950 dan RM1,150.

Sesetengah tempat menawarkan pakej penginapan untuk 3 hari 2 malam dengan kursus menyelam.

Kos menyelam bergantung pada jenis penginapan yang korang sendiri pilih. Harga selalunya kurang dari RM2,000.

Walaupun menyelam mampu buat korang ketagih, ada yang kurang suka menyelam dan mahal untuk dicuba.

Jadi jangan risau, kerana banyak tempat menyelam yang menawarkan kursus menyelam yang membolehkan korang belajar perkara asas dan menyelam di kawasan cetek (pakej berharga RM200-RM250) sebelum korang mengambil keputusan untuk mengambil lesen menyelam.

Pakej ini juga sesuai untuk mereka yang tiada masa dan inginkan aktiviti-aktiviti lebih santai.

Sebelum jejak Pulau Perhentian, ‘kaki snorkeling’ kena tahu ‘port baik’ ni

Kepada sesiapa yang mempunyai lesen, kos menyelam ini berharga hanya RM65 dan RM90, setiap sesi.

Tak mahu menyelam tapi masih mahu berada dekat dengan hidupan marin?

Jawapannya tentulah snorkeling. Air laut di Pulau Perhentian agak jernih dan penuh dengan hidupan marin yang berwarna-warni, jadi korang pasti tidak akan kecewa.

Pergi ke Turtle Point untuk melihat haiwan terancam ini berenang bebas di lautan. Jika anda bernasib baik, anda juga boleh berenang bersama penyu itu, yang tidak takut manusia dan tidak kisah dikerumuni manusia.

Iklan

Sebelum jejak Pulau Perhentian, ‘kaki snorkeling’ kena tahu ‘port baik’ ni

Shark Point adalah antara tempat menyelam yang diminati di kalangan pelancong. Korang boleh berenang dekat dengan jerung yang jinak. Sekiranya ingin melihat terumbu karang, Coral Point adalah tempat yang perlu dikunjungi.

Pengendali selalunya mempunyai pakej yang bersesuaian dengan keperluan dan masa pelancong. Jadi periksa pakej dan lihat slot untuk kumpulan korang.

Bagaimana untuk menjadi pelancong yang bertanggungjawab?

Seperti terumbu karang lain di seluruh dunia, terumbu yang berada di pulau-pulau sekitar Perhentian juga telah mati kerana pencemaran dan perubahan iklim. Bukti-bukti ini dapat dilihat di beberapa pantai di kepulauan Perhentian kecil dan besar.

Sebelum jejak Pulau Perhentian, ‘kaki snorkeling’ kena tahu ‘port baik’ ni

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk meminimumkan kesan pencemaran oleh manusia apabila korang melawat pulau-pulau tersebut.

  1. Lihat jangan sentuh

Batu karang adalah makhluk hidup dan kadangkala terdiri daripada beribu-ribu haiwan kecil yang tinggal di sekelilingnya.

Batu karang mungkin kelihatan kuat tapi ia mudah rosak dan mati. Cuba untuk tidak terlalu dekat dengannya apabila menyelam, kerana peralatan yang korang guna juga boleh merosakkan hidupan ini secara tidak sengaja.

Iklan

Sebelum jejak Pulau Perhentian, ‘kaki snorkeling’ kena tahu ‘port baik’ ni

  1. Jangan beri makan kepada ikan

Ia mungkin kelihatan tidak berbahaya tetapi memberi makan ikan akan menarik minat spesies lain yang bukan berasal dari kawasan itu. Ini boleh mengganggu ekosistem semula jadi di kawasan itu dan akhirnya menyebabkan banyak terumbu karang mati.

  1. Pilih pengendali dengan bijak

Selidik pengendali pelancongan dengan baik. Di Pulau Perhentian, korang akan dapat melihat beberapa pengendali yang mempunyai poster dan bahan maklumat lain di kedai mereka tentang pemuliharaan untuk pengetahuan pengunjung.

  1. Kawal penggunaan plastik

Plastik adalah isu besar yang diuar-uarkan dalam berita. Sebilangan besar plastik yang kami gunakan setiap hari mungkin akan mencemarkan lautan.

Perkara-perkara mudah seperti membawa beg yang boleh diguna semula, kitar semula dan bahkan membuang sampah ke dalam tong yang betul boleh membantu mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Sebelum tiba musim tengkujuh ni apa kata pilih-pilih tarikh sesuai untuk relaks atas pulau. Pergi dengan kumpulan pasti syok punya. Tak caya try la. Pastikan cari geng yang sekepala kalau tak nak percutian korang krik krik…selamat bercuti guys!

Sumber : blog.traveloka.com