Sedapnya ikan lengat kukus, mudah hanya 4 bahan, tak sedar tambah nasi

IKAN lengat kukus menu yang ringkas sentiasa menjadi pilihan ramai. Sedap dan mudah disediakan, sajian ala kampung ini tidak boleh dipandang rendah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lengat bermaksud kukus. Di beberapa buah negeri di Pantai Timur, ikan lengat juga dikenali sebagai ikan kukus.

Selepas ia dikukus, jika digoreng garing ikan lengat ini rangup hingga ke tulang!

Baca juga: Ayam kukus halia menyelerakan, ringkas, cepat disediakan

Baca juga: 1 sajian siakap bersamaan 5 sudu makan isi ikan, ini disyorkan NutritionistKKM

Iklan
Iklan

Jom ketahui langkah menyediakan sajian ini yang dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali.

IKAN LENGAT KUKUS

Bahan-bahan

1½ kilogram ikan (Zainoor menggunakan ikan sardin/ selayang)
15 keping asam keping [BELI DI SINI]
Garam secukupnya [BELI DI SINI]
Sepotong kecil manisan Kelantan (nise, opsyenal) [BELI DI SINI]

Langkah penyediaan

1-Basuh bersih ikan dan masukkan ke dalam loyang.
2-Letakkan asam keping, garam dan manisan Kelantan.
3-Didihkan air pengukus  

[BELI DI SINI]. Apabila air telah mendidih, kukus ikan selama 30 minit.
4- Keluarkan ikan daripada pengukus dan sejukkan. Selepas ia sejuk bolehlah menyimpannya di dalam peti ais.
5- Keluarkan apabila ia hendak dimakan. Ia boleh disesuaikan dengan juadah kegemaran sama ada goreng, gulai lemak cili api, kari, goreng berlada atau kerutuk.

Baca juga: Resipi roti masak cara kukus, lebih lembut dan gebu berbanding bakar guna oven

Selain ikan selayang, Zainoor mengatakan apa sahaja jenis ikan boleh dimasak lengat.

“Anda boleh guna apa-apa jenis ikan untuk masakan ini. Kalau saya menggunakan ikan tongkol selalunya ia akan dijadikan gulai nasi dagang atau gulai nasi berlauk. Kali ni saya masaknya menjadi ikan sardin lengat goreng.” katanya.

Meyelerakan kan? Bagi yang belum mencuba bolehlah jadikan ikan lengat ini sebagai sajian makan tengah hari atau malam.

Ikan lengat ini nampaknya boleh juga dijadikan stok hidangan ekspres di dalam peti sejuk. Hanya perlu digoreng atau gulai apabila tiba waktu makan.

Baca juga: Resipi ikan percik terbaik! Lazat dan menyelerakan #hariharikenamasak

Sumber: Facebook Zainoor Aliza Ali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Recent Posts

Hidap jantung berlubang sejak 2016, pelajar Tingkatan Dua maut merentas desa

MERENTAS desa salah satu agenda wajib di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Diadakan setahun sekali,…

1 hour ago

Kronologi beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah hingga dikutip orang, 10 fakta sebenar perlu tahu, rupa-rupanya…

BARU-baru ini tular beberapa gambar serta video yang memaparkan sejumlah beras dan makanan mentah seperti…

2 hours ago

‘Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.’ Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja

'Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.' Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja SAMBUTAN…

3 hours ago

Tergamaknya! Asbab calar kereta, 3 beradik kematian ibu dihalau & dihina runtun hati warga maya

'TERGAMAKNYA buat kepada darah daging sendiri'! Demikian komen warga maya yang mengikuti video tular remaja…

4 hours ago

Dikejarkan ke hospital, Lana Nodin alami jangkitan usus. ‘Doakan saya cepat sembuh.’

BERITA pelakon dan usahawan Lana Nodin jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital menjadi kejutan kepada…

9 hours ago

Kitar semula botol terbuang hingga 95 peratus, ini cara kreatif selamatkan bumi

BUAT pertama kalinya di Malaysia, Bio-Home memperkenalkan Stesen Pengisian Semula Eco untuk mengitar semula botol…

10 hours ago