PADA  2 April lalu, trailer Train to Busan: Peninsula telah dimuat naik di YouTube oleh Next Entertaintment World dan Redpeter Film. Tidak lama selepas itu, ia terus menjadi trending di Twitter kerana ramai yang tidak sabar untuk menontonnya di pawagam.

Bajet yang telah diperuntukkan dalam pembikinan filem Train to Busan: Peninsula ini dianggarkan kira-kira $16 juta (RM 69,724,645.36) yang merupakan peruntukan berganda berbanding penggambaran untuk Train to Busan.

filem

Train To Busan memaparkan virus yang telah tersebar di Korea Selatan. Mereka yang dijangkiti virus tersebut akan menjadi zombi dan menyerang semua orang yang belum dijangkiti lagi.

Cerita bermula dari keretapi Seoul menuju ke Busan dan salah seorang daripada penumpang tersebut telah dijangkiti virus dan merebak dari satu gerabak ke gerabak yang lain.

filem

Iklan

Pengarah Yeon Sang-ho selepas tayangan Train to Busan telah menegaskan bahawa dia akan membuat sambungan kedua dan dirasakan akan lebih menarik jalan ceritanya daripada Train to Busan yang pertama.

Filem Train to Busan: Peninsula merupakan sambungan cerita empat tahun lalu. Filem ini mengisahkan Gang Dong-won, seorang bekas tentera yang berjaya melarikan diri dari Korea Selatan yang dipenuhi oleh zombi.

Gang Dong-won dihantar untuk menyelesaikan misi ke Korea bagi mengambil sesuatu yang berharga, tetapi perjalanan pulangnya tidak mudah.

Iklan

Dia bertemu dengan beberapa orang yang terselamat daripada jangkitan virus tersebut. Misinya untuk membawa pulang mereka yang selamat berhadapan dengan perkara yang getir.

filem

Filem ini dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun ini. Nantikan di pawagam.

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Sumber: dreadcentral, indieiwire, cnn indonesia