Selepas suami dan bapa mentua, Aishwarya Rai pula Positif Covid-19

July 13, 2020
Wawann Mohd

AKTRES popular Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun disahkan positif jangkitan Covid-19 pada Ahad.

Berita tersebut dimaklumkan sehari selepas suaminya, Abhishek Bachchan dan bapa mentuanya, Amitabh Bachchan dijangkiti virus sama.

Menteri Kesihatan Maharastra, Rajesh Tope mengesahkan perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya pada hari yang sama.

Bagaimanapun sehingga hari ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas ratu cantik dunia itu dirawat kini di hospital atau sebaliknya.

Terdahulu sebelum itu Amitabh Bachchan dan Abhishek Bachchan pada Sabtu disahkan positif dan kini sedang dirawat di Hospital Nanavati, Mumbai, India.

Gratitude yummi.club

About Wawann Mohd

Biodata Penulis