LEMBAGA Pelancongan Sarawak (STB) mengumumkan Kempen Pelancongan Dalam Negeri ‘Sia Sitok Sarawak’ (atau Ke Sana Ke Sini Sarawak) untuk meningkatkan usaha dan aktiviti pelancongan Negeri.

Kempen ini memberi peluang kepada warga Sarawak serta pemastautin di Sarawak yang mempunyai permit kerja sah untuk mengalami serta menikmati kecantikan di Bumi Kenyalang ini dengan diskaun sehingga 50 peratus.

Sia Sitok Sarawak, lebih 30 destinasi jadi pilihan dan semua best!

Kempen Sia Sitok Sarawak ini menawarkan lebih dari 30 tarikan dan aktiviti menarik di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu yang merangkumi lawatan sehari (day trip) dan lawatan semalaman serta pakej pelancongan dengan penginapan dan makanan.

Sia Sitok Sarawak, lebih 30 destinasi jadi pilihan dan semua best!

Di antara pakej-pakej dan aktiviti menarik seperti:

  • Sarawak Sunset River Cruise
  • Irrawady Dolphin River Cruise di Santubong
  • Bird Watching di Taman Negara Kubah
  • Evening Kuching Wetland Tour
  • Lawatan ke Taman Negara Bako
  • Lawatan ke Taman Negara Tanjung Datu
  • Lawatan ke Sungai Rajang dan Rumah Panjang
  • Lawatan ke perkampungan Bintangor & Sarikei,
  • Bintulu Explorer (2H/1M)
  • Menerokai Mukah – kediaman Melanau (3H/2M)
  • Silabur Caving & Hiking
  • Pakej bermalam di Kg. Sting

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Puan Sharzede Datu Haji Salleh Askor berkata, Sia Sitok Sarawak memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk menikmati dan mengunjungi tempat yang belum pernah mereka lawati sebelum ini, dan menjadi duta untuk pelancongan Sarawak pada masa hadapan.

Iklan

Sia Sitok Sarawak, lebih 30 destinasi jadi pilihan dan semua best!

Kempen Sia Sitok Sarawak yang dibuka untuk tempahan mulai sekarang hingga 15 Oktober 2020 diadakan dengan kerjasama Sarawak Tourism Federation (STF).

Iklan

Kempen ini akan memberi keutamaan kepada barisan hadapan termasuk pekerja hospital, doktor dan jururawat asing, PDRM, RELA, Tentera Darat, APMM, BOMBA, kakitangan SDMC dan lain-lain yang telah terlibat dalam usaha bantuan Covid-19 sebagai penghargaan kepada dedikasi mereka dalam usaha mengawal jumlah kes.