VASELINE petroleum jelly merupakan produk kecantikan yang disukai ramai kerana mempunyai pelbagai kegunaan dalam satu bekas kecil. Vaseline membantu dalam menyelesaikan masalah kulit terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering.

Vaseline petroleum jelly mempunyai bahan asas campuran daripada minyak dan lilin semula jadi dan formula akhirnya menjadi pepejal yang padat.

Jom baca 10 manfaat Vaseline Petroluem Jelly untuk kecantikan kulit yang wajib anda cuba di rumah! Mungkin boleh membantu.

1. Membantu melembapkan bibir

Sekiranya anda mempunyai bibir yang kering dan mengelupas, anda hanya perlu calitkan vaseline di bibir setiap hari. Pasti selepas dua atau tiga hari bibir anda akan menjadi lembab. Selain itu, dengan sekali calit bibir anda akan berkilat seperti memakai lip balm atau lipgloss.

2. Sebagai makeup remover atau primer

Wajib bagi anda yang memakai makeup seharian untuk membersihkan makeuo sebelum anda tidur. Mungkin kadang-kadang anda terlalu penat dan tertidur dengan makeup tetapi anda harus ingat ini lah punca yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan muka berjerawat.

Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif dan tidak boleh memakai pembersih muka seperti micellair water, anda boleh cuba bersihkan mekap anda dengan vaseline sebagai pengganti.

Calit vaseline dan letak dimuka kemudian tunggu 2-3 minit baru anda lap guna cotton pad atau tisu.

Vaseline juga boleh bertindak sebagai primer sebelum anda mekap dan pasti mekap akan bertahan seharian!

3. Membantu memulihkan telapak kaki yang kasar

vaseline

Adakah anda mempunyai telapak kaki yang kasar? Jangan risau, vaseline petrelum jelly boleh mengatasi masalah tersebut. Lakukan rutin ini setiap hari sebelum tidur, pasti telapak kaki anda akan menjadi halus dan kembali normal.

4. Boleh digunakan sebagai primer eyeshadow

Sekiranya anda ingin menghadiri majlis atau bekerja dari pagi hingga ke malam yang memperlukan anda bersolek, anda boleh menggunakan vaseline ini sebelum anda solek eyeshadow di mata anda dengan calit sahaja vaseline sebagai eyeshadow primer. Pasti eyeshadow anda akan tahan seharian!

5. Gunakan sebagai scrub untuk buang sel kulit mati di badan dan wajah

Vaseline bukan sahaja mampu untuk melembapkan kulit tetap ia juga boleh digunakan sebagai scrub untuk membuang sel kulit mati yang ada pada wajah dan badan anda. Caranya mudah je ambil satu sudu kecil vaseline petroleum jelly dan campurkan dengan gula atau garam laut dan skrub di bahagian bibir dan badan untuk membuang sel kulit mati yang tertinggal.

6. Membantu memanjangkan bulu mata

vaseline bulu mata

Agar bulu mata menjadi lebih tebal dan lentik, anda boleh mengaplikasikan serum khusus. Selain itu, anda juga boleh menggunakan Vaseline petroluem Jelly. Lakukan rutin ini setiap hari dengan calit vaseline di setiap bulu mata sebelum tidur.

7. Aroma perfume lebih tahan lama

Iklan

Calit vaseline petroluem jelly di bahagian yang ingin anda sembur minyak wangi. Misalnya di pergelangan tangan untuk bagi minyak wangi yang anda guna tahan lama.

8. Membantu mengatasi masalah rambut bercabang

vaseline rambut

Rambut kering atau penggunaan pemanas rambut boleh menjadikan rambut anda bercabang. Hal ini boleh menyebabkan rambut rosak dan rambut sukar untuk tumbuh semula.

Untuk mengelakkan perkara ini, anda boleh cuba menggunakan vaseline di hujung rambut dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

9. Membantu melembutkan kuku dan kutikel

Iklan

vaseline kuku

Selain menjaga dan melembapkan kulit yang kering, anda juga boleh menggunakan vaseline petroluem jelly pada bahagian kuku dan kutikula yang kering.

Cukup dengan hanya calit sedikit di bahagian kuku dan kutikula anda ianya akan menjadi lembut dan dapat dibersihkan.

10. Membantu membuatkan kulit tangan menjadi halus dan lembut

Jika tangan terasa kering dan kasar, anda boleh calitkan vaseline petroleum jelly kerana ia dapat membantu kulit anda menjadi halus dan lembut.

Terdapat banyakkan manfaat yang anda boleh dapat daripada vaseline ini, meskipun botolnya kecil tetapi manfaatnya cukup berganda. Selamat mencuba!

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Foto: Fashionlady.in dan Unsplash