PENYANYI rap, SonaOne terus melebarkan pengaruhnya dalam muzik irama hip-hop apabila tampil dengan sebuah karya terbaharu yang semakin menyerlahkan identiti muziknya.

SonaOne yang juga merupakan seorang komposer dan penerbit itu kembali dengan single berjudul Bomba, sebuah lagu rancak yang dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.

Karya hasil nukilannya sendiri itu terus memperjuangkan kejayaan yang pernah diraih tahun lalu menerusi album bertajuk Detail yang menampilkan kolaborasi bersama rakan seperjuangan, Alif.

Album tersebut berjaya meraih 10.8 juta putaran di Spotify, malah menjadikan SonaOne sebagai artis dengan putaran lagu keempat tertinggi di Malaysia untuk tahun 2019.

Menampilkan perbezaan di antara penerbitan pop berkelas tinggi dan hasil hip-hop yang lebih unik, SonaOne sekali lagi mengukuhkan peringatan buat semua tentang mengapa namanya terus tersohor dalam arena hip-hop serantau.

SonaOne turut mengekspresikan kejayaan itu menerusi bait-bait lirik yang dipaparkan dalam Bomba iaitu ‘At least when I flex, it ain’t lies’, menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang diraihnya adalah kenyataan dan bukan khabar angin semata.

Menurutnya, kekuatan lagu tersebut adalah pada dinamik gabungan muzik serta bahasa yang ditampilkan.

“Ia sebuah karya yang menyeronokkan, ceria dan disampaikan dalam tiga bahasa. Lagu ini memang menggambarkan saya,” kata SonaOne yang berdarah kacukan Melayu-Perancis.

Terdapat aliran lirik puitis serta baris-baris yang kerap diucap dalam tiga bahasa tersebut yang disampaikan dengan selingan bernuansa pop, R&B dan rap.

Pertemuan di antara pop dan hip-hop merupakan suatu kebiasaan dalam dunia muzik. Namun SonaOne tidak pernah berpuas hati dalam berkarya. Bersedialah untuk satu dunia baru

Iklan

“Berteraskan sedikit unsur muzik kelab malam, ia mampu menonjol dan menjemput pendengar untuk sama-sama menikmatinya,” ujarnya yang bernaung di bawah Def Jam South East Asia (Def Jam SEA).

Bomba merupakan merupakan single pertama pertama daripada album terbaharunya, Freestyle Play yang bakal muncul tidak lama lagi.

“Dari sudut sonik atau bunyi, saya ingin pendengar merasai apa yang saya rasakan ketika berada di studio semasa proses rakaman.

Iklan

“Suatu situasi di mana dunia hanya terbatas dengan imaginasi,” katanya.

Kini pertemuan di antara pop dan hip-hop merupakan suatu kebiasaan dalam dunia muzik, namun SonaOne sentiasa mencari nafas baharu dalam setiap karya yang ditampilkan.

Bomba kini boleh didapati di semua platform digital, sementara muzik videonya lagu tersebut yang diarahkan oleh Denhouse Co pula kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube bermula hujung Mac lalu.