AKTIVITI All-Terrain Vehicle (ATV) sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia. Hari demi hari, kita dapat melihat banyak pengusaha yang menawarkan perkhidmatan seumpama itu.

Bukan hanya pengendali pusat rekreasi, malah pengusaha hotel dan resort juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti ekstrem ATV sebagai salah satu tarikan menarik di premis mereka.

Apa itu ATV? Ia merupakan sejenis motor bertayar empat dan kadang-kadang didatangkan dengan enam tayar. Lazimnya kenderaan itu digunakan di kawasan lasak seperti hutan, sungai, tanah tidak rata dan cabaran bentuk muka bumi lain.

Salah satu pusat ATV yang menarik perhatian SinarPlus untuk diketengahkan dan dicuba oleh pembaca adalah di Adventure Park Kuala Lumpur di Kampung Kemensah, Ulu Kelang, Selangor.

Pengurusnya, Mas Ridzwan Khan Mas Fadzillah Khan berkata, ATV yang mula dikenali ramai sejak tahun 2009 itu telah menarik ramai golongan muda untuk mencuba sukan lasak tersebut.

Mas Ridzwan Khan Mas Fadzillah Khan.

“Di tempat saya misalnya, memang ramai anak muda suka cuba aktiviti ini sebab ia lasak, menguji kesabaran dan keberanian. Secara keseluruhannya, kami mempunyai lebih 100 buah motor ATV yang boleh disewakan kepada pelanggan,“ katanya.

Ujar Mas Ridzwan, bukan sahaja hormon adrenalin berdegup kencang dengan persekitaran yang berliku malah keindahan flora dan fauna sudah cukup membikin seseorang ingin mengulangi aktiviti ATV berulang kali.

“Itu yang selalu berlaku kepada mereka yang pertama kali mencuba. Mesti nak cuba lagi. Kami di sini menawarkan pakej-pakei istimewa pada harga berpatutan.

“Setiap pakej ada laluan tersendiri yang terdiri daripada tanah hutan, lumpur, mata air dan berakhir di beberapa lokasi air terjun yang berlainan.

“Bukan itu sahaja, antara kemudahan lain yang disediakan kepada para pengunjung adalah kolam mandi termasuk aktiviti barbeku,“ katanya.

  • Adventure Park Kuala Lumpur
  • Alamat: Kampung Kemensah, Ulu Kelang, Selangor
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Harga: RM100 ke RM450 (pakej perjalanan termasuk kenderaan ATV, taklimat keselamatan, latihan, panduan berpengalaman dan air mineral).
  • Facebook: ATV Adventure Park Kuala Lumpur
  • Instagram: @atvadventureparkkl
  • Laman web: www.atvadventurepark.com

Panduan menyertai aktiviti ATV:

  • Hanya 16 tahun ke atas dibenarkan menaiki ATV dan perlu berpakaian sukan.
  • Peserta diminta menandatangani Borang Pelepasan Liabiliti sebelum menunggang.
  • Tidak ada penumpang di ATV. Bagaimanapun, dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan (berdasarkan kes tertentu), penunggang akan naik di bawah pengawasan pemandu atau tenaga pengajar yang berpengalaman.
  • Jangan sekali-kali menaiki ATV di bawah pengaruh alkohol, ubat-ubatan atau ubat lain yang merosakkan pertimbangan atau koordinasi.
  • Tidak ada kelajuan yang berlebihan semasa menunggang.
  • Sentiasa memakai topi keledar yang disediakan semasa menunggang.
  • Hormati penunggang dan persekitaran lain.
  • Tidak menunggang di kawasan yang tidak dibenarkan.

Reakreasi pilihan sukan ATV:

1. ATV Adventure Park Larut

  • Alamat: Lot 3644, Pejabat Rekreasi, Jalan Air Terjun, Bukit Larut, Taiping, Perak.
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Harga: RM44.60 hingga RM178.50
  • Facebook: ATV – Adventure Park Larut
  • Instagram: @atvadventureparklarut

2. Penang ATV Eco Tour

  • Alamat: Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Harga: RM80 hingga RM160
  • Facebook: Penang ATV Eco Tour – Balik Pulau
  • Instagram: @penangatvecotour
  • Laman web: www.penangatvecotour.com

3. Atv Z Extreme

  • Alamat: Lot 1288, Kampung Kemensah, Ampang, Selangor
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
  • Harga: RM250 hingga RM800
  • Facebook:  Atv Z Extreme
  • Instagram: @atvzextreme
  • Laman web: www.atvzextreme.com

4. ATV Janda Baik, Rimba Valley

  • Alamat: Rimba Valley Motor Campsite, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
  • Harga: RM60 hingga RM250
  • Facebook: ATV Janda Baik at Rimba Valley