Iklan

Sweetnya! Syamel raikan hari jadi Ernie Zakri

ERNIE DAN SYAMEL
June 24, 2020
Aqmar Mustaza

SEMALAM merupakan hari jadi penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri yang ke-28.

Selain menerima pelbagai ucapan istimewa dari rakan selebriti dan peminat setia, pelantun Ku Bersuara itu turut diraikan oleh teman tapi mesra, Syamel dalam satu sambutan yang agak romantis.

Iklan

Lebih menarik perhatian apabila kedua-dua penyanyi ini berpakaian sedondon bertema denim.

Ernie menerusi akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada Syamel dan mengakui jejaka berusia 27 tahun itu berjaya membuatkan air matanya tumpah lantaran terharu dengan sambutan yang diberi.

Iklan

“Alhamdulillah dengan izin ALLAH, Kak Ninie (Ernie) dah berumur 28 tahun! Syukur syukur.

“Terima kasih Bang Mel (Syamel) berjaya membuat airmata Kak Ninie tumpah sampai blusher pun hilang. Bang Mel suruh posing tak nampak macam 28, pose pose itu jelah saya boleh fikirkan.

“Terima kasih juga di atas doa-doa kalian. Maaf yang mana tidak sempat untuk saya balas dan baca. Moga Allah makbulkan doa-doa kita semua. Kak Ninie juga doakan yang baik baik untuk semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut setia pasangan ini turut mendoakan Syamel dan Ernie yang telah digabungkan nama kepada Syanie, berbahagia dan tidak kurang juga yang meminta kedua-duanya mengakui hubungan istimewa antara mereka.

“Macam ni kalau still cakap ‘kawan’ jugak, tak tahulah…” ujar peminat setia Ernie dan Syamel.

About Aqmar Mustaza