PENYANYI terkenal, Datuk Syafinaz Selamat dan pelakon Zulhuzaimy dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah baharu Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Kedua-dua selebriti ini bukanlah asing kepada Aswara di mana masing-masing pernah mencurahkan bakti sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian seni terkenal itu.

Selain Syafinaz dan Zulhizaimy, seorang lagi figura yang turut dilantik ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Norliza Rofli.

Iklan

Aswara dalam satu kenyataan kepada pihak media memaklumkan pelantikan itu berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Sebelum ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Aswara pada 2018.

Iklan

 

(SUMBER/FOTO: Aswara)